Laut Norway

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Laut Norway
Vågakaillen nattlys.JPG
Vestfjorden dengan pergunungan kepulauan Lofoten dilihat dari Pulau Løvøy di Steigen.
Europäisches Nordmeer mit Grenzen.png
Laut Norway diwakili warna merah (Europäisches Nordmeer dalam bahasa Jerman)
LokasiEropah Utara
Koordinat69°N 2°E / 69°N 2°E / 69; 2Koordinat: 69°N 2°E / 69°N 2°E / 69; 2
Jenis Laut
Negara lembanganIceland, Norway, Denmark (Kepulauan Faroe) dan United Kingdom (Pulau Shetland)
Luas permukaan1,383,000 km2 (534,000 bt2)
Kedalaman purata2,000 m (6,600 ka)
Kedalaman maks3,970 m (13,020 ka)
Isipadu air2,000,000 km3 (1.6×1012 ekar kaki)
Rujukan[1][2][3]

Laut Norway (Bahasa Norway: Norskehavet; Bahasa Iceland: Noregshaf) ialah sebuah laut di Lautan Atlantik, di barat daya Norway di antara Laut Utara dengan Laut Greenland, dan bersambung dengan Laut Barents di timur laut. Di barat daya, laut ini terpisah daripada Lautan Atlantik dengan sebuah jurang di antara Iceland dengan Kepulauan Faroe. Du utara, jurang Jan Mayen memisahkan Laut Norway daripada Laut Greenland.

Tidak seperti kebanyakan laut, kebanyakan dasar Laut Norway bukan sebahagian pentas benua dan oleh itu, memiliki kedalaman besar - kira-kira 2 km secara purata. Deposit minyak petroleum dan gas asli ditemui di dasar dan banyak digali di kawasan sedalam satu kilometer. Kawasan pesisir pula kaya dengan ikan yang datang dari utara Atlantik atau Barents untuk bertelur. Arus Atlantik Utara menjamin suhu air yang stabil sepanjang tahun, menjadikan laut ini tidak membeku sepanjang tahun tidak seperti Laut Artik. Kajian terkini mendapati bahawa isi padu laut yang besar banyak menyumbang kepada keadaan musim sejuk di Norway yang bersifat sederhana.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norwegian Sea, Ensiklopedia Agung Soviet (dalam bahasa Rusia)
  2. ^ Norwegian Sea, Encyclopædia Britannica on-line
  3. ^ ICES, 2007, m/s. 1
  4. ^ Westerly storms warm Norway Diarkibkan 2018-09-29 di Wayback Machine. The Research Council of Norway. Forskningsradet.no (3 September 2012). Dicapai pada 2013-03-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Norwegian Sea" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 19 (ed. ke-11). 1911.
  • Kategori berkenaan Laut Norway di Wikimedia Commons