Lee Min Ho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lee Minho
이민호
150px
Kelahiran 이민호 (Lee Min Ho)
22 Jun 1987 (26 tahun)
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2005 - kini
Tinggi 187 CM
Berat 71KG
Laman web
http://www.leeminho.kr/

Lee Min Ho (Bahasa Korea: 이민호) ialah seorang pelakon lelaki Korea Selatan yang amat dikenali dengan watak utamanya sebagai ketua F4, Goo Joon Pyo, dalam drama adaptasi Korea siri komik popular Jepun, Hana Yori Dango, yang berjudul Boys Over Flowers, pada tahun 2009.

Dia debut lakonannya pada tahun 2005 dalam Love Hymn terbitan MBC, muncul sebagai watak sampingan. Dia menerima watak utama pertamanya pada tahun 2007, memegang watak Cha Gong Chan dalam Mackerel Run, drama sekolah tinggi 8 bahagian terbitan SBS.

Bagaimana pun, karier besar pertamanya menjulang apabila dia telah diumumkan menjadi sebahagian daripada F4 Korea pada 2 Oktober 2008. Dia berjaya mendapatkan watak terbesar sebagai ketua F4, Tsukasa Domyouji, dalam komik Hana Yori Dango; wataknya dinamakan semula sebagai Goo Joon Pyo dalam versi Korea, dan membintangi drama tersebut bersama-sama Koo Hye Sun, Kim Bum dan anggota kumpulan SS501, Kim Hyun Joong. Drama tersebut pertama kali ke udara pada 5 Januari 2009 di stesen KBS sebagai siri mini Isnin-Selasa.

Watak Goo Joon Pyo menyebabkan dirinya segera menjadi terkenal, dan mengundang banyak sokongan termasuklah Levi's, LG Telecom dan Samsung Anycall.

Profil[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Wayang[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Seni Baeksang - Pelakon baru TV terbaik

Pautan luar[sunting | sunting sumber]