Legeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Legeh saliran (garis merah) memisahkan lembangan saliran (rantau kelabu).

Legeh, legeh saliran, legeh air, rabung bukit, atau pemisah air, ialah garis yang memisahkan lembangan bersebelahan. Di negara berbukit-bukau, legeh terletak di sepanjang permatang topografi, dan boleh wujud dalam bentuk satu banjaran tunggal bukit atau gunung, dikenali sebagai banjaran pemisah. Di negara pamah—terutamanya tempat yang tanahnya seperti rawang—legeh boleh menjadi lebih sukar untuk dilihat.

Legeh dasar lembah ialah legeh rendah yang menganjur merentasi lembah, kadang-kadang dicipta dengan pengendapan atau tawanan sungai.

Oleh sebab rabung bukit mudah dilihat dan dipersetujui, legeh saliran kerap merupakan sempadan semula jadi yang mentakrifkan sempadan politik.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Legeh boleh dikelompokkan dalam tiga jenis:

Legeh yang di dalamnya air di setiap sisi mengalir ke lautan berlainan (contohnya: Legeh Congo-Nil)
  • Legeh besar
Air di setiap sisi legeh tidak akan bertemu, tetapi mengalir ke dalam lautan sama (contohnya: legeh di antara lembangan Sungai Kuning dengan Sungai Panjang, atau contoh kurang ketara legeh Schuylkill-Lehigh di Gunung Pisgah di Pennsylvania, tempat dua batang caruk berpisah untuk mengalir dan membesar ke timur dan ke barat masing-masing menyertai Sungai Lehigh dan Sungai Delaware atau Sungai Susquehanna dan Sungai Potomac setiap komplek anak sungai mempunyai alur keluar terpisah ke dalam Lautan Atlantik.)
  • Legeh kecil
Air berpisah, tetapi akhirnya bertemu semula di kuala sungai (contohnya: Legeh Mississippi dan Missouri)

Legeh menghalang pandu arah sungai. Pada zaman praindustri, legeh air disilangkan di portej. Kemudian, terusan disambungkan menghubungi lembangan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]