Legenda Vox Machina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Legenda Vox Machina
Juga dikenali sebagai
The Legend of Vox Machina
GenreFantasi
Aksi
Pengembaraan
Berdasarkan daripada
Critical Role (kempen satu)
PenciptaMatthew Mercer
Pelakon suara
PenggubahNeal Acree
Negara asal Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim2
Bilangan episod18
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Chris Prynoski
  • Sam Riegel
  • Travis Willingham
  • Brandon Auman
  • Laura Bailey
  • Taliesin Jaffe
  • Ashley Johnson
  • Matthew Mercer
  • Liam O'Brien
  • Marisha Ray
  • Brandon William Thomas
Tempoh siaran24–28 minit
Syarikat penerbitan
Critical Role Productions
Titmouse, Inc.
Amazon Studios
Production Reve
Syarikat pengedaran
Amazon Studios
Penyiaran
Saluran asalAmazon Prime Video
Siaran asal25 Januari 2022 (2022-01-25) – berlangsung

Legenda Vox Machina[1] adalah sebuah siri televisyen fantasi dewasa Amerika Syarikat yang dihasilkan oleh Critical Role Productions, Titmouse, Inc. dan Amazon Studios, dengan tayangan perdananya disiarkan pada 28 Januari 2022 di Amazon Prime Video. Siri ini berdasarkan kempen satu bagi siri web Dungeons & Dragons, Critical Role. Legenda Vox Machina dibintangi oleh Laura Bailey, Taliesin Jaffe, Ashley Johnson, Matthew Mercer, Liam O'Brien, Marisha Ray, Sam Riegel dan Travis Willingham, yang mengulangi peranan mereka daripada kempen pertama Critical Role.

Musim pertama terdiri daripada dua belas episod.[2][3][4] Sepuluh daripada episod-episod musim pertama dibiayai oleh kempen di Kickstarter. Pada November 2019, siri ini diperbaharui oleh Amazon untuk musim kedua menjelang tayangan perdana siri.[5]

Premis[sunting | sunting sumber]

Latar[sunting | sunting sumber]

Siri ini dilatari di Exandria,[6][7] sebuah dunia cereka yang dihasilkan oleh Matthew Mercer pada 2012 untuk kempen Dungeons & Dragons peribadinya yang kemudiannya dilancarkan sebagai siri web main sebenar Critical Role pada 2015.[7][8][9] Kebanyakan ceritanya mengambil tempat di benua Tal'Dorei dengan lokasi seperti metropolis Emon dan negara kota Whitestone.[6][7][10]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dua episod pertama siri ini[11] menggambarkan "kisah serba baharu mengenai tujuh anggota pasukan Vox Machina di aras 7 D&D dalam misi 'membesar' pertama mereka, yang berlaku sebelum pertunjukan RPG pertama Critical Role". Siri ini kemudiannya mengadaptasi arka Briarwood daripada siri web asal,[7] "di mana pasukan Vox Machina membalas dendam atas pembunuhan penguasa kota Whitestone dan kebanyakan keturunan mereka oleh Tuan dan Puan Briarwood yang jahat".[5] Siri ini juga akan mengadaptasi "arka-arka cerita klasik Vox Machina yang lain"[12] seperti arka Chroma Conclave.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Legenda Vox Machina". primevideo.com. Amazon Prime Video. Dicapai pada 6 Mac 2022.
  2. ^ Spangler, Todd (12 Januari 2022). "'The Legend of Vox Machina' Red Band Trailer Debuts, Prime Video to Release Critical Role Series in Three-Episode Batches". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Januari 2022.
  3. ^ "WATCH: Critical Role Performs a Scene from The Legend of Vox Machina". CBR (dalam bahasa Inggeris). 8 Oktober 2021. Dicapai pada 8 Oktober 2021.
  4. ^ Romano, Nick (20 Disember 2021). "'The Legend of Vox Machina' sets earlier premiere date with new clip". Entertainment Weekly (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Disember 2021.
  5. ^ a b Spangler, Todd (5 November 2019). "Amazon Orders Two Seasons of Critical Role's Animated D&D Series". Variety. Dicapai pada 5 November 2019.
  6. ^ a b "Why Titmouse Is Perfect For Critical Role's D&D Campaign". ScreenRant (dalam bahasa Inggeris). 14 September 2020. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  7. ^ a b c d Durham, Madison (13 Januari 2022). "The Critical Role animated series is right around the corner, here's how to prepare". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Januari 2022.
  8. ^ "Critical Role's Animated Dungeons & Dragons Series Is Kickstarter's Highest-Funded Project of All Time". Paste (dalam bahasa Inggeris). 7 Mac 2019. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  9. ^ Duncan, Emily A. (9 Mac 2021). "An Introduction to Critical Role: Prepare Your Emotions". Tor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2021.
  10. ^ "The Legend Of Vox Machina Unveils New Locations!". That Hashtag Show (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2020. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  11. ^ Nelson, Samantha (8 Oktober 2021). "Critical Role's animated series will open with two previously unrecorded adventures". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  12. ^ "Update 23: BIG NEWS: Critical Role: The Legend of Vox Machina is Coming to Amazon Prime Video! · Critical Role: The Legend of Vox Machina Animated Special". Kickstarter. Retrieved November 6, 2019. "with 24 episodes to play with, instead of just 10, we’ll not only complete the entire Briarwood storyline in the animated series, but we’ll forge ahead into other classic Vox Machina story arcs as well! [...] Kickstarter backers [...] will still have an opportunity to watch the two-part special that kicks off the series before anyone else AND because you're a backer, you'll be able to access the first season for free."
  13. ^ "The Legend of Vox Machina: How the Season Finale Sets Up Season 2". ComicBook.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Februari 2022. Dicapai pada 20 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]