Leksikon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Leksikon biasanya merujuk kepada senarai perkataan yang mempunyai maklumat tambahan, contohnya sebuah kamus. Perkataan 'leksikon' berasal daripada perkataan Yunani (λεξικόν) yang membawa maksud perbendaharaan kata. Apabila ahli-ahli linguistik mengkaji leksikon, mereka mengkaji perkara-perkara seperti apakah perkataan, bagaimana perbendaharaan kata dalam sebuah bahasa distrukturkan, bagaimana orang menggunakan dan menyimpan perkataan, bagaimana mereka membelajari perkataan, sejarah dan evolusi perkataan, jenis hubungan antara perkataan, serta bagaimana perkataan dicipta.

Istilah ini juga kekadang digunakan dalam judul kamus ensiklopedia atau ensiklopedia, khususnya karya-karya abad ke-19 dan karya-karya yang ditulis dalam bahasa Jerman (lexikon).

Dalam bidang linguistik, 'leksikon' mempunyai takrif yang lebih khusus kerana ia termasuk leksem yang digunakan untuk menyebut perkataan. Leksem dibentuk menurut peraturan morfem sintaks dan menyatakan semem. Dari segi ini, sepatah leksikon mengatur perbendaharaan kata mental dalam akal penutur: Pertamanya, ia mengatur perbendaharaan kata sebuah bahasa mengikut prinsip-prinsip yang tertentu (umpamanya, semua kata kerja pergerakan boleh dikaitkan kepada sebuah rangkaian leksikon) dan kedua, ia mengandungi kaedah janaan untuk menghasilkan perkataan mudah dan rumit yang baru, menurut peraturan-peraturan leksikon yang tertentu.

Selain itu, 'pengetahuan leksikon' (atau konsep leksikon) merujuk kepada pengetahuan perbendaharaan kata seseorang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Aitchison, Jean. Words in the Mind: An Introduction to the Mental Lexicon. Malden, Mass.: Blackwell, 2003.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]