Lembah Kaghan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kaghan Valley
کاغان
Beautiful Kaghan Valley Pakistan.jpg
Koordinat: 34°50′N 73°31′E / 34.833°N 73.517°E / 34.833; 73.517Koordinat: 34°50′N 73°31′E / 34.833°N 73.517°E / 34.833; 73.517
NegaraPakistan
WilayahKhyber Pakhtunkhwa
DaerahDaerah Mansehra
Ketinggian
2,500 m (8,200 ft)
Zon waktuUTC+05:00 (PST)

Lembah Kaghan (Bahasa Urdu: وادی کاغان) ialah sebuah lembah yang beriklim alp terletak di Dearah Mansehra, Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan yang menarik pelancong dari seluruh Pakistan dan seluruh dunia.[1][2][3] Lembah tersebut melebar 155 kilometer melintasi kawasan utara Pakistan, menaik dari ketinggian 650 meter hingga titik tertingginya, Laluan Babusar, dengan ketinggian 4170 meter.[4][5] Tanah runtuh yang disebabkan oleh gempa bumi Kashmir yang teruk pada tahun 2005 menghancurkan banyak laluan yang menuju ke lembah tersebut, tetapi jalan telah dibina semula dengan besar sejak insiden tersebut.[6][7]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Lembah Kaghan ditemui di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di utara Pakistan, bersempedan dengan kawasan Gilgit-Baltistan di sebelah utara dan Azad Jammu dan Kashmir di sebelah tenggara. Lembah sepanjang 155 kilometer tersebut diselubungi oleh kegunungan Himalaya Bawah, menyebabkan sebuah iklim alp dan kelaziman hutan pain dan padang rumput alp di kawasan persekitaran.[8] Termasuk dengan aliran Sungai Kunhar, lembah tersebut mencirikan glasier, tasik jernih, air terjun dan anak sungai gunung bersalji. Lembah Kaghan terkenal disebabkan oleh kecantikkan pemandangan dan landskapnya, menyebabkan dalam popularitinya sebagai sebuah tempat pelancongan pada musim panas.[9][10]

Akses[sunting | sunting sumber]

Lembah Kaghan boleh disampai dengan jalan melalui bandar Balakot, Abbottabad dan Mansehra. Di Balakot, bas dan pengangkutan lain boleh digunakan untuk berjalan ke Kaghan. Lembah itu juga dapat disampai dari ibu kota Pakistan, Islamabad, dan Peshawar dengan menempah kereta ke Abbottabad. Pelancong kemudian boleh menggunakan teksi atau pengangkutan awam lain untuk pergi ke lembah berkenaan.[11]

Lembah Kaghan sentiasa boleh diakses pada musim panas (Mei hingga September), tetapi ia sukar untuk pergi pada musim sejuk. Ini disebabkan oleh glasier yang menghalang jalan yang menuju ke Lembah Kaghan pada musim sejuk, menyebabkan jalan untuk tutup. Glasier-glasier ini akan cair dari bulan Februari hingga bulan April. Dari bulan Mei hingga penghujung bulan September, jalan tersebut dan Laluan Babusar kekal dibuka. Pada bulan Mei, suhu boleh mencapai setinggi 11 darjah Celsius dan turun serendah 3 darjah Celsius.[12]

Juga lihat[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]