Leo (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leo
PengarahLokesh Kanagaraj
Penulis
Dihasilkan oleh
  • S. S. Lalit Kumar
  • Jagadish Palanisamy
DibintangiVijay
Sanjay Dutt
Arjun Sarja
Trisha Krishnan
SinematografiManoj Paramahamsa
Disunting olehPhilomin Raj
Muzik olehAnirudh Ravichander
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehsee below
Tarikh tayangan
  • 19 Oktober 2023 (2023-10-19)
Masa tayangan
164 minutes[1]
NegaraIndia
BahasaTamil
Bajetang. ₹250–350 crore[2][3]
Pecah panggungang. ₹145 crores [4]

Leo (juga dipasarkan sebagai Leo: Bloody Sweet) ialah filem thriller aksi berbahasa Tamil India 2023[5] arahan Lokesh Kanagaraj dan diterbitkan oleh S. S. Lalit Kumar dan Jagadish Palanisamy. Ia dibintangi oleh Vijay dalam peranan utama, di samping Sanjay Dutt, Arjun, Trisha Krishnan, Madonna Sebastian, Gautham Vasudev Menon, Mysskin, Mansoor Ali Khan, George Maryan, Priya Anand, dan Mathew Thomas. Ia adalah ansuran ketiga dalam Lokesh Cinematic Universe.

Leo telah dikeluarkan di seluruh dunia pada 19 Oktober 2023 dalam format standard dan IMAX dengan ulasan bercampur daripada pengkritik dan penonton[6][7][8].Ia mencatatkan beberapa rekod box office untuk filem Tamil dan muncul sebagai filem India kelima dengan kutipan tertinggi pada 2023.

Plot[sunting | sunting sumber]

Pratiban menjalani kehidupan yang sederhana di Shimla bersama isteri Satya dan dua anak dan mengusahakan sebuah kafe. Beberapa pembunuh kontrak memasuki bandar dan membuat malapetaka, pada suatu malam mereka menyerang kafe Pratiban dan semuanya ditembak mati olehnya ketika cuba menyelamatkan anak perempuan dan pekerjanya .Perbicaraan berlangsung di mahkamah dan Pratiban dibebaskan kerana semua lelaki adalah penjenayah dan dia melakukannya untuk mempertahankan diri. Pratiban menjadi hero di bandar dan beritanya disiarkan dalam pelbagai akhbar di . Herold Das salah seorang samseng terjumpa gambarnya dan mengenal pasti dia sebagai Leo Das yang telah diistilahkan mati bertahun-tahun yang lalu.Herold memberitahu abangnya Anthony Das seorang samseng mengancam . Mereka pergi ke Shimla untuk bertemu Pratiban.Anthony yakin bahawa Pratiban adalah Leo dan mencuba pelbagai cara untuk mengganggunya.Tetapi Pratiban bertegas bahawa dia bukan Leo.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Masuk Panggung[sunting | sunting sumber]

Leo telah dikeluarkan secara teater pada 19 Oktober 2023 dalam format standard, IMAX dan lain-lain format premium.[9][10] Selain daripada Tamil, ia dikeluarkan dalam versi yang dialih suara termasuk bahasa Telugu, Kannada, Malayalam dan Hindi.Versi filem yang disunting ringan telah dikeluarkan secara teater di UK dengan rating 15+. Walau bagaimanapun, versi penilaian 18 yang tidak dipotong juga telah diluluskan untuk masuk panggung pada 26 Oktober di UK. Ia merupakan filem Tamil pertama yang ditayangkan di Bangladesh pada hari yang sama dengan tayangan di seluruh dunia, sama seperti di negara-negara utama lain[11]

Pengederan filem[sunting | sunting sumber]

Phar Films memperoleh hak pengedaran di luar negara dan akan mengeluarkan filem itu sendiri di Timur Tengah.Ahimsa Entertainment memperoleh hak pengedaran untuk UK dan 4 Seasons Creations untuk seluruh Eropah.Prathyangira Cinemas dan AA Creations untuk Amerika Utara. Home Screen Entertainment untuk Singapura dan Cyber Systems Australia untuk Australia dan New Zealand.

Di Malaysia, filem ini diederakan oleh Malik Strams

Penyedia perkhidmatan media[sunting | sunting sumber]

Hak penstriman digital telah diperoleh oleh Netflix dan hak satelit oleh Sun TV[12][13]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

Leo menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik[6][7][8].

Macha Hunt food memberikan 3.25 bintang dari 5 bintang dan menulis ia merupakan filem terbaik Vijay, tapi filem terburuk dalam siri LCU. Juga menambah bahawa filem ini pada separuh masa pertama mendebarkan tetapi ia menjadi kurang menarik pada babak kedua[14]

Divya Nair dari Rediff memberikan 3.5 daripada 5 bintang dan menulis "Lokesh telah bijak menggunakan keresahan dan tindakan Vijay untuk mencipta gambaran dua personaliti yang sesuai untuk Leo. Penambahan kejutan dalam urutan klimaks menawarkan sedikit harapan dan kemungkinan sekuel ."[15] .Suhasini Srihari dari Deccan Herald memberikan 3 daripada 5 bintang. Sridevi S daripada The Times of India memberikan 3 daripada 5 bintang.

Ranjani Krishnakumar dari Hindustan Times menulis "Persembahan Vijay dalam adegan emosi tidak menimbulkan reaksi walaupun Lokesh Kanagaraj menyediakan adegan aksi yang mendebarkan".

Kutipan panggung[sunting | sunting sumber]

Leo memperoleh kutipan sebanyak ₹140 crore di seluruh dunia pada hari pembukaannya, dimana ₹75 crore dari kutipan domestik India Ia yang merupakan kutipan kasar hari pertama tertinggi untuk filem Tamil.[16].Filem itu melepasi ₹200 crore dalam dua hari, memperoleh ₹122 crore dari India menjadi filem Tamil terpantas untuk mendapat kutipan panggung sebanyak ₹200 crore. Leo berada di kedudukan ketiga menewaskan Killers of the Flower Moon di Carta Box Office Global.[17]Ia memporelehi kutipan sebanyak ₹403 crore di seluruh dunia pada minggu pertama pengeluaranya , menjadi filem Tamil terpantas untuk mencapai kutipan ₹400 crore.

Kutipan filem itu di seluruh dunia mencecah ₹460 crore untuk menjadi filem Tamil keempat dengan kutipan tertinggi di box office[18][19]

Sekual[sunting | sunting sumber]

Pada awal Ogos, ia dilaporkan bahawa filem itu akan mempunyai bahagian kedua, menjadikannya kali pertama Vijay membuat sekuel.[20].Pengeluaran dijangka bermula pada 2025 selepas Lokesh menyelesaikan komitmennya terhadap Thalaivar 171, Kaithi 2 dan Vikram 2

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Vijay's Leo undergoes 13 minor changes as per Censor Board's order: Gore, blood, and expletives get cut". The Indian Express. 10 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2023. Dicapai pada 10 October 2023.
  2. ^ "'Leo' to 'Suriya 42': Five upcoming high-budget Tamil films". The Times of India. 23 March 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2023. Dicapai pada 10 July 2023.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan budget tidak disediakan
  4. ^ "LEO Worldwide Opening Day Box Office Estimates: Vijay starrer destroys all records with Rs 145 crore start". PINKVILLA (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
  5. ^ "On 'Thalapathy' Vijay's 49th birthday, fans gush over star's rugged look as 1st look of action thriller 'Leo' unveiled". The Economic Times. 22 June 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2023. Dicapai pada 10 July 2023.
  6. ^ a b "'Leo' gets mixed review; fans call it Thalapathy Vijay's 'best performance'". CNBC TV18. 19 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
  7. ^ a b "Mixed reviews for 'Leo' as first reactions pour in: 'Unnecessary hype, full-on entertainment'". The Week. 19 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
  8. ^ a b "Leo first reactions are in: Vijay film gets mixed reviews on Twitter, gets compared with Rajinikanth's Jailer". Hindustan Times. 19 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2023. Dicapai pada 19 October 2023.
  9. ^ "Vijay's 67th film titled Leo – Bloody Sweet: First teaser is reminiscent of Kamal Haasan's Vikram". The Indian Express. 3 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2023. Dicapai pada 3 February 2023.
  10. ^ "ஐமேக்ஸ் தரத்தில் லியோ!". Dinamani (dalam bahasa Tamil). 9 August 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2023. Dicapai pada 10 August 2023.
  11. ^ "'Leo' will be the firstTamil film to release in Bangladesh". The Times of India. 8 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2023. Dicapai pada 10 October 2023.
  12. ^ "Thalapathy 67: Netflix acquires digital rights of Vijay-starrer, Sun TV gets satellite rights". Hindustan Times. 2 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 March 2023. Dicapai pada 6 March 2023.
  13. ^ "Vijay film Thalapathy 67's satellite rights acquired by Sun TV, title to be revealed on February 3". The Indian Express. 2 February 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2023. Dicapai pada 4 February 2023.
  14. ^ https://machahuntfood.blogspot.com/2023/10/leo-review-as-lcu-fan-and-non-vijay-fan.html
  15. ^ "Leo Review: Among Vijay's Best". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2023. Dicapai pada 21 October 2023.
  16. ^ "LEO Worldwide Opening Day Box Office Estimates: Vijay starrer destroys all records with Rs 140 crore start". Pinkvilla (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2023. Dicapai pada 20 October 2023.
  17. ^ Ramachandran, Naman (23 October 2023). "Vijay's 'Leo' Beats Leonardo DiCaprio's 'Killers of the Flower Moon' at Weekend Global Box Office". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 October 2023. Dicapai pada 23 October 2023.
  18. ^ "Thalapathy Vijay: 'Leo' Day 6 box-office: Vijay-starrer nears Rs 500 cr milestone globally, becomes actor's highest-grossing film ever - The Economic Times". m.economictimes.com. Dicapai pada 2023-10-26.
  19. ^ "'Leo' box office collection day 7: Thalapathy Vijay's film earns Rs 250 crore; inches closer to Rs 300 crore in India". Business Today (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-26. Dicapai pada 2023-10-26.
  20. ^ Kota, Naresh (8 August 2023). "Thalapathy Vijay Leo could be releasing in two parts!". NTV. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2023. Dicapai pada 9 August 2023.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "influence" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "announcement" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "DuttJoinsShoot" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Janany" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "massive respect" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "bloody sweet" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "ChinmayiDub" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "k5CpC" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "modifies" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Us bookings" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.