Pergi ke kandungan

Letusan Gunung Merapi 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Merapi pada 5 November 2010

Letusan Gunung Merapi 2010 bermula pada hari Selasa tanggal 26 Oktober 2010, apabila Gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia memulakan satu siri letusan yang berterusan sehingga bulan November. Letusan ini dinyatakan pihak berkuasa sebagai yang terbesar sejak 1870-an.

Lebih 100,000 orang telah dipindahkan dari kawasan terbabit. Namun, masih ramai yang tinggal atau kembali ke rumah mereka semasa gunung ini masih meletus. Lebih 150 terbunuh dalam letusan ini, sebahagiannya akibat aliran piroklastik. Kepulan abu gunung berapi ini turut menyebabkan gangguan besar terhadap penerbangan di seluruh Jawa.[1][2]

Kronologi letusan

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah kronologi tragedi letusan Gunung Merapi[3]:

  1. Pukul 17.02 mula terjadi awan panas selama 9 minit
  2. Pukul 17.18 terjadi awan panas selama 4 minit
  3. Pukul 17.23 terjadi awan panas selama 5 minit
  4. Pukul 17.30 terjadi awan panas selama 2 minit
  5. Pukul 17.37 terjadi awan panas selama 2 minit
  6. Pukul 17.42 terjadi awan panas besar selama 33 minit
  7. Pukul 18.00 sehingga pukul 18.45 kedengaran bunyi dentuman guruh kuat dari Pos Pengamatan Merapi di Jrakah dan Selo
  8. Pukul 18.10, pukul 18.15, pukul 18.25 terdengar bunyi dentuman
  9. Pukul 18.16 terjadi awan panas selama 5 minit
  10. Pukul 18.21 terjadi awan panas besar selama 33 minit
  11. Dari pos Pengamatan Gunung Merapi Selo terlihat nyalaan api (letupan lahar) bersama kolom asap membubung ke atas setinggi 1.5 km dari puncak Gunung Merapi
  12. Pukul 18.54 aktiviti awan panas mula mereda
  13. Luncuran debu panas dan lahar yang mengarah kesektor Barat-Barat Daya dan sektor Selatan-Tenggara
Rumah hancur di Cangkringan

Pada 26 Oktober 2010, seramai 18 orang ditemui maut akibat terbakar dan kegagalan pernafasan yang disebabkan abu panas. Ribuan dalam jarak kira-kira 10 kilometer (6.2 bt) di sekeliling gunung berapi dipindahkan.[4]

Pada hari Rabu 27 Oktober, jumlah ini meningkat menjadi sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk 'penjaganya' Mbah Maridjan.[5].

  1. ^ BNPB (5 November 2010). "Korban Meninggal Akibat Letusan Merapi Mencapai 122 Orang" (dalam bahasa Indonesia). Badan Koordinasi Nasional Penanganan Bencana. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-27. Dicapai pada 8 November 2010.
  2. ^ Weaver, Matthew (5 November 2010). "Mount Merapi death toll rises". The Guardian. Dicapai pada 5 November 2010. Unknown parameter |coauthor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ "Kronologi Letusan Gunung Merapi Tanggal 26 Oktober 2010". Dicapai pada 2010-10-30.[pautan mati kekal]
  4. ^ "Indonesia Hit by Deadly Tsunami, Volcanic Eruption". abcnews.go.com. ABC News. 2010-10-26. Dicapai pada 2010-10-28.
  5. ^ "Korban Tewas Letusan Merapi Bertambah Jadi 28 Orang". Dicapai pada 2010-10-30.