Lif angkasa lepas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Lif angkasa lepas terdiri daripada kabel dari stesen di bumi ke angkasa lepas.

Lif angkasa lepas ialah lif yang direka untuk menghantar bahan dari permukaan bumi ke angkasa lepas. Banyak cadangan telah diusulkan dan melibatkan perjalanan melalui struktur dan bukan dengan menggunakan roket. Konsepnya sering kali merujuk kepada struktur yang menjangkau orbit geopegun dari permukaan bumi.

Konsep lif angkasa lepas bermula dari idea seorang saintis Rusia Konstantin Tsiolkovsky, yang pada tahun 1985 mengajukan struktur pemampatan atau yang disebut Menara Tsiolkovsky.

Lif angkasa lepas juga kadangkala disebut jambatan angkasa lepas, tangga menuju angkasa lepas, menara orbit, atau lif orbit.

Teknologi pada masa ini tidak mampu mencipta struktur yang kuat namun juga ringan untuk lif angkasa lepas. Hal ini disebabkan jumlah massa untuk pembinaan jika menggunakan bahan konvensional terlalu besar. Konsep rekaan terbaru dari pembuatan lif angkasa lepas ialah penggunaan bahan berasakan karbon nanotiub. Ia telah diketahui bahawa kekuatan bahan karbon nanotiub dalam skala mikroskopik sangat kuat jika dibandingkan dengan bahan lain yang ada sehingga secara teoretik dapat digunakan untuk pembuatan lif angkasa lepas. Bahan terbaru dapat digunakan dalam pembuatan lif ke tempat lain di sistem suria, seperti Marikh, yang memiliki gravitasi yang lebih lemah daripada Bumi.[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]