Lim Kean Chye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lim Kean Chye adalah ahli politik dan peguam Malaysia. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1919.

Beliau adalah anak kepada Lim Cheng Ean merupakan seorang penerima pingat Order of the British Empire (OBE) British , merupakan peguam terlatih Cambridge dan ahli majlis perundangan Pulau Pinang pada tahun 1930-an, Lim juga merupakan cucu kepada Phuah Hin Leong. Lim Kean Chye berasal dari keluarga yang terkenal termasuk saudara Lim Kean Siew dan kakaknya diplomat terkenal Malaysia Mendiang Tan Sri Lim Lim (Lim Phaik Gan). Seperti Kean Chye, adik-beradiknya Kean Siew dan PG Lim belajar undang-undang di Cambridge dan bar di London. Dengan mengkaji keluarga Lim Cheng Ean menyaksikan pembiakan budaya yang berubah dalam konteks penghijrahan, pemerintahan kolonial dan pembentukan negara baru. Orang dapat melihat pembentukan identiti Cina Selat berbahasa Cina, penyertaan dalam pentadbiran penjajah dan penyertaan dalam politik Malaya dan identifikasi dengan Malaysia.

Lim adalah ahli pengasas Kesatuan Demokratik Malaya, [1] yang dibentuk pada 21 Disember 1945. MDU adalah parti politik pertama Singapura, [2] yang dibubarkan apabila darurat diisytiharkan dan pada zaman darurat, nama Kean Chye berada dalam senarai pemerhatian pihak berkuasa British. Parti itu terdiri daripada rakyat Malaysia yang berpendidikan Bahasa Inggeris yang objektif utamanya adalah penegasan hak untuk tadbir urus sendiri negara.

Sekembalinya ke Malaya selepas menamatkan pengajiannya dari Universiti Cambridge, Lim Kean Chye telah dihubungi oleh Eu Chooi Yip dan PV Sarma pada Ogos 1949 untuk menyertai Liga Anti-British (ABL), dimana dia melakukannya. [3] Dia kemudian menjadi mentor kepada John Eber dalam ABL. [4] Bagi memecahkan pengaruh kesatuan sekerja dan gerakan yang bersimpati dengan sosialisme dan komunisme, penjajah Inggeris pada tahun 1951 menangkap pemimpin berhaluan kiri di Singapura waktu itu. Pada bulan Januari 1951, Lim melarikan diri dari ditahan tanpa perbicaraan apabila dia pergi ke China. Rakan-rakannya di MDU seperti John Eber, PV Sarma, A Samad Ismail dan CV Devan Nair kurang bernasib baik dan ditangkap.

Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, Timbalan Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu, pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an membina namanya sebagai antara tokoh penting gerakan menentang penjajahan.

Untuk mengelak ditangkap tanpa bicara seperti apa yang terjadi ke atas Samad, Eber, Sarma dan Devan Nair, Kean Chye menyusup lari ke Medan, Sumatera sebelum mengembara ke Jawa.

Dari Jawa, Beliau naik kapal laut untuk ke Hong Kong, tetapi tersadai di Canton, China (kini dikenali sebagai Guangzhou)


Di China, Kean Chye dikategorikan sebagai pelarian politik dari Malaya. Kean Chye yakin dialah orang pertama dari Malaya yang mendapat taraf suaka politik itu. Katanya, “Hidup sangat susah di China pada masa itu, saya hanya makan sebiji pau sekali sehari.

Di sana, dia yang tidak mahir berbahasa Mandarin mula belajar bahasa itu pada usia 30-an. Antara pekerjaan yang dilakukannya dia sana Ialah sebagai penterjemah dengan bayarkan pada masa itu hanyalah sesuap makan.


Dia tinggal di Beijing sehingga Julai 1957, dan setahun kemudian pada September 1958, Kean Chye kembali ke Singapura.

Apabila sampai di Singapura, dia ditangkap dan dipenjarakan selama tiga bulan.

Bagaimanapun, Kean Chye kemudian dibebaskan dengan syarat dia kena berjanji untuk tidak lagi terlibat dalam politik.

Dalam satu ucapan pada tahun 1958, sebelum mendiang Lee Kuan Yew menjadi Ketua Menteri Singapura, pemimpin ulung Singapura itu membangkitkan nama Kean Chye dan misteri penahanannya.

Ucapan tersebut menunjukkan sedikit sebanyak pengaruh Kean Chye pada zaman itu.

“Mengapa beri Lim Kean Chye permit masuk ke Singapura, kemudian tahan dia apabila dia tiba dengan pemit masuk itu,” komplen Kuan Yew ketika itu.

Kuan Yew, yang juga lulusan undang-undang Universiti Cambridge, muda empat tahun daripada Kean Chye.

Dalam gerakan politik kiri, Kean Chye menjalinkan hubungan dengan tokoh-tokoh nasionalis Melayu seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dan Said Zahari – ketiga-tiganya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Malaysia dan Singapura.

Orang yang paling terseksa ialah Allahyarham Said, Pengarang Utusan Melayu, yang dipenjarakan tanpa bicara di Singapura oleh kerajaan Lee Kuan Yew selama 17 tahun.

Kean Chye amat tersinggung jika ada pihak yang melebih-lebihkan penjajah British.

Dalam satu video yang dirakamkan bagi mengingati erti kemerdekaan 1957, Kean Chye berkata, “Kita masih memuji-muji pegawai British, askar British yang berjuang tapi apakah yang mereka perjuangkan? Mereka berjuang untuk getah dan bijih timah (hasil bumi negara ini). Bukan untuk kita. Kita bercakap macam kita gurkha, kita bukan gurkha.”

Kean Chye ialah seorang peguam yang dihormati dan terkenal dengan prinsipnya yang tegas. Pada tahun 1960-an, dia menubuhkan firma guamannya di Ipoh, Perak selain menjadi peguam di Pulau Pinang.

Salah seorang Timbalan Pendakwa Raya di Ipoh pada tahun 1960-an ialah Tun Dr Daim Zainuddin, seorang tokoh undang-undang yang kemudian menjadi ahli perniagaan, teknokrat, ahli politik, menteri dan negarawan Malaysia. Sejak tahun 1960-an lagi, mereka telah menjalinkan persabahatan.

Bapanya, Cheng Ean meninggal dunia dalam tahun 1987 pada usia 98 tahun manakala kakaknya, Phaik Gan yang lebih dikenali sebagai PG Lim meninggal dunia pada tahun 2013 ketika berumur 97 tahun.

Mereka menjadi antara tokoh dari Pulau Pinang dan keluarga Cina Negeri Selat yang memberi sumbangan besar kepada bidang perundangan dan diplomatik.

Phaik Gan pernah menjadi Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York dan Duta Malaysia ke Yugoslavia, Austria dan Komuniti Ekonomi Eropah (kini Kesatuan Eropah).

Pada tahun 2000, Lim tidak menyukai cara seorang Hakim melayan dua peguam muda, dan sejak itu memutuskan untuk berhenti sebagai pengamal undang-undang.

Lim kini berusia genap 100 tahun (2019) Dan menghabiskan sisa hidupnya di negeri kelahirannya Pulau Pinang

  1. ^ Lee, Edwin (2008). Singapore: the unexpected nation. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 59–71. ISBN 978-981-230-796-5.
  2. ^ Bayly, Christopher (2006). Forgotten wars: freedom and revolution in Southeast Asia. Penguin Group. m/s. 200.
  3. ^ Lee, Edwin (2008). Singapore: the unexpected nation. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 60–61. ISBN 978-981-230-796-5.
  4. ^ Lee, Edwin (2008). Singapore: the unexpected nation. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 61. ISBN 978-981-230-796-5.