Linda Black

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Linda Black ialah seorang hos televisyen yang dilahirkan di Amerika Syarikat, yang kini menetap di Singapura, yang menjadi hos untuk Friday Picture House di saluran HBO Signature,[1][2] dan Cathay Pacific on the Move di Discovery Channel Asia.[perlu rujukan].

Linda dilahirkan di Harlingen, Texas, dan merupakan anak kepada Bob dan Linda Black. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang model pada tahun 1992 dan telah dipilih sebagai salah seorang daripada sepuluh peserta terakhir untuk YM Magazine Cover Model Search. Selepas menamatkan pengajian di sekolah tinggi, beliau telah dikaitkan dengan Agensi Kim Dawson.

Beliau berkahwin dengan model/hos tv, Oli Pettigrew. Mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Linda juga telah menjadi hos untuk Health@Desktop di Channel News Asia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MH Woman: Linda Black". Men's Health. SPH Magazines Pte Ltd. Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-08. Dicapai pada 1 Mac 2013.
  2. ^ "Stars come out to promote breast cancer awareness in style". Asia One Plush Pics. Dicapai pada 1 Mac 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]