Lintasan belang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Lintasan belang di Paris, Perancis
Lintasan belang yang timbul di zon sekolah di Marine Parade, Singapura

Lintasan belang (Tulisan Jawi: لينتسن بلڠ) atau juga dikenali sebagai lintasan zebra adalah sejenis lintasan pejalan kaki yang digunakan di banyak tempat di seluruh dunia. Ciri yang membezakannya adalah jalur berwarna tua dan muda yang berselang-seli pada permukaan jalan, menyerupai seekor kuda belang. Lintasan belang biasanya memberikan keutamaan hak jalan kepada pejalan kaki.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Lintasan belang mempunyai ciri-ciri jalur selang-seli berwarna muda dan tua yang memanjang di atas jalan raya, selari dengan arah aliran lalu lintas. Keserupaan tandaan itu yang seperti seekor kuda belang telah memberikan nama kepada lintasan tersebut. Warna muda biasanya adalah putih dan warna tua pula mungkin dicat—di mana kebiasaanya berwarna hitam—atau dibiarkan tidak bercat jika permukaan jalan itu sendiri berwarna tua. Jalur-jalur tersebut biasanya mempunyai kelebaran kira 40-60 sentimeter (16-24 inci).

Di United Kingdom, lintasan belang ditandakan bersama dengan mata arah Belisha. Ia memancarkan cahaya glob ambar pada tiang hitam dan putih dan diletakkan di setiap sisi jalan; dinamakan sempena Leslie Hore-Belisha, Menteri Pengangkutan yang memperkenalkan tiang tersebut pada tahun 1934. Pejalan kaki mempunyai hak jalan apabila mereka menggunakan lintasan: Kod Lebuh Raya menyatakan bahawa lalu lintas jalan raya "mestilah memberi laluan kepada seseorang pejalan kaki yang bergerak di atas suatu lintasan."[1]

Di negara-negara lain, lintasan belang juga digunakan pada lintasan pejalan kaki yang dikawal oleh isyarat lalu lintas.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Using the road - Pedestrian crossings (191 to 199)". The Highway Code (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 November 2017. 195: Zebra crossings. As you approach a zebra crossing, you MUST give way when a pedestrian has moved onto a crossing
  2. ^ "Regeln am Fussgängerstreifen" [Peraturan pada jalur pejalan kaki] (dalam bahasa Jerman). Touring Club Schweiz. Dicapai pada 10 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]