Genta Klang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Loceng Klang)
Genta Klang dalam pameran.

Genta Klang (bahasa Inggeris: Klang Bell) dijumpai tahun 1905 oleh seberapa pekerja landasan keretapi dekat kota Klang, negeri Selangor, Malaysia.[1] Ia salah satu dari tiga buah genta yang dijumpai dengan seberapa alatan besi; salah sebuah genta ini dapat ditarikhkan kepada seawal 150 M.[2]

Ia ditukang daripada gangsa pada lewat Zaman Besi dengan motif ukiran mirip muka gendang Dong Son di Vietnam yang bertujuan dipakaikan pada leher gajah;[1] jenis genta seumpamanya juga dapat didapati sejauh Battambang, Kemboja.[1]

Ia kini dalam simpanan Muzium British sejak 1949,[3] sebuah genta yang seadik diberikan kepada pihak Muzium Perak di Taiping manakala sebuah lagi hilang tanpa petunjuk.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Linehan, W. (1951). "Traces of a Bronze Age culture associated with Iron Age implements in the regions of Klang and the Tembeling, Malaya". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 24 (3 (156)): 1–59. JSTOR 41502997.
  2. ^ bin Haji Taha, Adi (1983). "Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia 1976-1982". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 56 (1 (244)): 47–63. JSTOR 41492946.
  3. ^ "Bell". The British Museum.

Further reading[sunting | sunting sumber]

  • J. Rawson, Chinese bronzes: art and ritual (London, The British Museum Press, 1987)
  • L. von Falkenhausen, Suspended Music: Chime-Bells in the Culture of Bronze Age China (Los Angeles, 1993)
  • Harris, Mark (1990). National Museum, Kuala Lumpur: History and culture of Malaysia. Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed, Pub. Division. m/s. 88 pages. ISBN 978-983-9629-15-6.