Loji kimia El Dorado terbakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Loji kimia El Dorado terbakar pada 31 Julai 2009 selama beberapa jam di Bryan, Texas, Amerika Syarikat . Kebakaran loji El Doraco Chamical Co. ini menyebabkan 70,000 penduduk sekitar Bryan dan Houston bimbang kerana ia ia mengeluarkan asap berwarna oren . [1][2] Kebakaran itu mula berlaku lewat tengah malam waktu tempatan dipercayai berpunca daripada percikan api pekerja yang melakukan kimpalan.

Kesan kebakaran[sunting | sunting sumber]

10 orang sudah dirawat di hospital kerana masalah pernafasan.

Bomba gagal memadamkan api[sunting | sunting sumber]

Pihak bomba gagal memadamkan kebakaran dan cuma mengawal api merebak. Bomba menjangkakan api terus marak dalam beberapa jam .

Langkah keselamatan[sunting | sunting sumber]

Lebih 72,000 penduduk terpaksa dipindahkan .Asap toksid yang tebal boleh dilihat sehingga beratus kilometer. Penduduk Houston sejauh 160 km dapat melihat asap berwarna oren ini. Asap oren itu dipercayai ammonium nitrat dan boleh menjejaskan mata, hidung dan tekak orang awam.

Khemah besar disediakan di Texas A&M University bagi mereka yang dipindahkan.Stesen tv KBTX menunjukkan lebih 250 orang sudah berada di khemah sementara itu. Mereka yang terus berada di rumah hendaklah sentiasa menutup pintu dan tingkap bagi menghalang asap.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kebakaran loji kimia: 72,000 penduduk Texas dipindahkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-03. Dicapai pada 2009-07-31.
  2. ^ Thousands flee chemical plant fire in Texas