Pergi ke kandungan

Lompat tikam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan.

Kuih lompat tikam mempunyai tiga komponen, iaitu puding tepung pandan yang biasanya bewarna hijau, santan pekat yang bewarna putih berkonsistensi seperti puding dan pulut manis merah. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.

Penamaan nama kuih tradisional ini bermula pada sebuah kisah dimana, seorang dayang kepada Raja sedang berjalan untuk menghidangkan kuih ini kelada baginda. Namun begitu, beliau terlanggar sebatang tiang sari lalu jatuh ke lantai. Seterusnya, Raja berikut amat terkejut akan bunyi tersebut lalu melompat dan menikam dayang itu menggunakan keris.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]