Lorong bas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lorong bas di Broadway (Bandaraya New York), dengan perkataan "Bas Sahaja" ("Only bus") ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Lorong Bas di tengah jalan di Taipei, Taiwan.

Lorong bas berupakan sejenis lorong yang dikhususkan hanya untuk bas pada hari dan waktu tertentu sahaja, yang digunakan untuk meningkatkan kepantasan pengangkutan awam yang sering terganggu oleh kesesakan jalan raya. Selain bas, beberapa jenis kenderaan lain ada kalanya dibenarkan untuk menggunakan lorong bas seperti teksi[1] Lorong bas merupakan salah satu komponen utama sistem alihan laju bas.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Lorong bas tidak semestinya sangat panjang, memandangkan ia hanya digunakan untuk memintas laluan sesak. Sesetengah bandar raya membina jajaran lorong bas khusus yang dikira sebagai satu sistem jalan raya tempatan yang berasingan, yang turut dikenali sebagai sistem alihan laju bas.

Seluruh bahagian jalan boleh diwartakan sebagai lorong bas (seperti Oxford Street di London atau Fulton Street di Bandaraya New York), yang hanya membenarkan bas, teksi serta kenderaan penghantaran sahaja, ataupun lorong bas kontra yang membenarkan bas untuk bergerak pada arah bertentangan.[2]

Sesetengah lorong bas hanya beroperasi pada waktu tertentu sahaja pada waktu siang, biasanya semasa waktu sesak, membenarkan kesemua kenderaan menggunakan lorong tersebut pada waktu lain, dan adalah lumrah untuk mempunyai lorong bas secara sehala sahaja (untuk lalu lintas waktu sesak pagi), dengan bas menggunakan lorong biasa pada arah bertentangan.

Lorong bas mungkin mempunyai lampu isyarat berasingan, untuk membenarkan keutaman di persimpangan.

Lorong bas ditandakan melalui pelbagai cara. Ia mesti ditandakan melalui garisan pada jalan raya dengan menggunakan warna yang mudah dikenal pasti; papan tanda memberi amaran lorong bas serta waktu larangan kenderaan biasa menggunakannya. Lorong pengasingan khas lain seperti lorong basikal dan lorong motosikal boleh ditandakan dengan cara yang sama.

Penguatkuasaan[sunting | sunting sumber]

Lorong bas boleh jadi tidak berkesan jika penguatkuasaan yang lemah menyebabkan kenderaan lain melaluinya[3] atau parkir haram (seperti di kawasan beli-belah).

Keberkesanan[sunting | sunting sumber]

Lorong bas memberi keutamaan kepada bas dan teksi serta memendekkan masa perjalanan semasa jalan lain sesak dengan kenderaan lain.

Pengenalan lorong bas turut membantu mengurangkan pencemaran[4]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Pembinaan lorong bas memerlukan ruang tambahan (meningkatkan impak jalan raya terhadap kawasan sekeliling, dan mungkin perlu mengambil alih tanah milik persendirian)[5] atau diambil dari lorong sedia ada; ini boleh mengurangkan kapasiti jalan untuk kenderaan persendirian. Kehilangan lorong menjadi isu kontroversi bagi kebanyakan pengguna jalan raya sedangkan ia sebenarnya adalah sebab sampingan (iaitu, apabila pihak berkuasa tempatan secara terang-terangan mahu menambah baik pengangkutan awam dengan menyebabkan kesulitan terhadap pemandu kereta).[6]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Use of Bus Lanes by Motorcycles (from Traffic Advisory Leaflet 2/07, Department for Transport, United Kingdom)
  2. ^ "Signs Giving Orders". Highway Code. Dicapai pada 10 January 2008.
  3. ^ McNaughton, Maggie (3 October 2006). "1779 cheats spotted in single morning using bus lanes". The New Zealand Herald. Dicapai pada 22 September 2011.
  4. ^ http://www.airquality.co.uk/reports/cat05/1004010934_MeasurementvsEmissionsTrends.pdf
  5. ^ Dearnaley, Mathew (12 March 2007). "Transport plan will force homes and businesses to move". The New Zealand Herald. Dicapai pada 22 September 2011.
  6. ^ Falconer, Phoebe (1 May 2007). "Get moving: Bus access, safety mean no end to rush-hour hassle". The New Zealand Herald. Dicapai pada 22 September 2011.