Teksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teksi-teksi merah putih berbaris untuk menunggu penumpang di KL Sentral.
Teksi-teksi kuning pada waktu puncak di Midtown, Manhattan.

Teksi (Mal., Sin.) atau taksi (Ind.) ialah sejenis kenderaan sewa yang dipandu oleh seorang pemandu untuk mengangkut seorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi pilihan mereka berbanding pengangkutan awam lain yang mana lokasi turun naik ditetapkan oleh pengendali perkhidmatan, bukannya penumpang.

Istilah ini berasal daripada istilah taxicab atau taximeter cab ciptaan Harry N. Allen, yang mengimport kereta teksi pertama ke Bandaraya New York dari Perancis, ia terdiri daripada:

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Hyundai i40 Singapore Teksi

Sistem pengangkutan terawal yang seumpama teksi moden bermula di Paris dan London pada awal abad ke-17, iaitu dalam bentuk kereta kuda yang boleh disewa. Kerajaan yang memerintah kota-kota tersebut mengawal bilangan kereta tersebut.

Pada tahun 1891, Wilhelm Bruhn dari Jerman mencipta meter teksi (peranti mekanik/elektronik yang menghitung tambang teksi), sekaligus melahirkan konsep teksi moden. Kereta teksi bermeter moden pertama ialah Daimler Victoria binaan Gottlieb Daimler pada tahun 1897; pada tahun ini juga dibukanya syarikat teksi bermotor pertama di Stuttgart.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Berkenderaan darat[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga perkhidmatan angkutan sewa yang menggunakan kenderaan selain kereta - antara contoh paling lazim diketahui ialah teksi motosikal (berasaskan motosikal) yang didapati dalam sesetengah kawasan Indonesia dan Malaysia

Berkenderaan air[sunting | sunting sumber]

Teksi jenis ini dapat berupa sampan yang didayung ataupun dijana mesin (outboard) yang dapat disewa untuk satu perjalanan atau tempoh tertentu. Taksi air banyak ditemukan di kota-kota yang dilewati sungai besar seperti di Palembang, Banjarmasin, Samarinda ataupun di pinggir danau seperti Parapat, Tarutung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "taximeter", The American Heritage® Dictionary of the English Language: Fourth Edition, Bartleby, 2000

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

KUPASAN SANTAI TAPI PADAT.