ls

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

ls ialah sebuah atur cara dalam sistem pengendalian UNIX yang digunakan untuk menyenaraikan semua fail dalam direktori tertentu.

Kemudahan ls telah muncul dalam UNIX AT&T versi asal. Namanya diambil daripada arahan list segments yang terdapat dalam Multics. Pada hari ini, terdapat dua versi popular bagi atur cara ls, satunya dari Projek GNU (sebahagian daripada pakej coreutils) yang terdapat dalam kebanyakan sistem GNU/Linux, dan satu lagi terdapat dalam sistem-sistem kelahiran BSD seperti FreeBSD, OpenBSD dan NetBSD.

Dalam DOS, arahan yang serupa ialah dir.

Contoh penggunaan[sunting | sunting sumber]

ls
Senaraikan semua fail dalam direktori semasa.
ls *.txt
Penggunaan kad bebas—senaraikan semua fail yang berakhir dengan ".txt".
ls /etc
Senaraikan semua fail dalam direktori /etc.
ls -a
Senaraikan semua fail termasuk fail yang bermula dengan "."
ls -l
Gunakan format terperinci

Pautan luar[sunting | sunting sumber]