Lucien Laviscount

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lucien Laviscount
Laviscount pada tahun 2019
Kelahiran
Lucien Leon Laviscount

(1992-06-09) 9 Jun 1992 (umur 31)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–sehingga kini

Lucien Leon Laviscount (/ˈlævɪsknt/;[1] lahir 9 Jun 1992) ialah seorang pelakon United Kingdom. Kepopularannya sebagai pelakon televisyen bermula pada tahun 2007. Ia tampil dalam siri drama remaja bertajuk Grange Hill. Laviscoun tampil dalam beberapa siri televisyen termasuk di antarannya ITV Coronation Street (2009) dan BBC One Waterloo Road (2010–11).

Pada 2015, Laviscount melakonkan watak tetap, Earl Grey, dalam musim pertama komedi seram bertajuk Scream Queens di siaran TV FOX. Pada 2017–18, dia membintangi drama komedi jenayah Snatch sebagai watak bernama Sony Crackle. Laviscount ikut melakonkan watak Alexander Cabot dalam siri The CW Katy Keene.

Laviscount menjadi buah pembicaraan pelbagai tajuk akbar di seluruh dunia pada tahun 2021, semasa dirinya berlakon sebagai Alfie dalam siri Netflix Emily in Paris di musim kedua. Pada tahun 2024, ia kembali menjadi buah pembicaraan selepas mengatakan bahawa hubungan kedekatannya dengan Shakira sudah berjalan beberapa bulan dan penyanyi terkenal itu ialah makwenya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Laviscount lahir di Burnley, Kaunti (Pekan) Lancashire, dan membesar di Read, Ribble Valley, Lancashire. Ayahnya ialah Eugene Laviscount seorang ahli bina badan dari Antigua dan Barbuda sedangkan ibunya, Sonia Laviscount berdarah Inggeris.[2] Dia bersekolah di Sekolah Menengah Ribblesdale di Clitheroe yang mana semasa di darjah, Laviscount ialah murid yang pandai dengan mendapat markah yang tinggi dalam 10 GCSE. Laviscount menyertai sebuah bengkel pentas seni di daerahnya yang bernama Carol Godby's.[3] Laviscount mempunyai dua saudara lelaki, Louis Laviscount dan Jules Laviscount.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "10 Things Emily In Paris Star Lucien Laviscount Can't Live Without | 10 Essentials". GQ. 13 May 2022. Dicapai pada 5 January 2023.
  2. ^ Mason, Aiden (13 March 2019). "10 Things You Didn't Know about Lucien Laviscount".
  3. ^ "Ribble Valley teenager sampling Coronation Street life". Lancashire Telegraph. 25 February 2009. Dicapai pada 19 August 2011.
  4. ^ "Ribble Valley schoolboy Lucien Laviscount lands role on Grange Hill". Lancashire Telegraph. 15 December 2006. Dicapai pada 19 August 2011.
  5. ^ "BB Sophie 'romancing' ex-Corrie star". Digital Spy. 13 May 2010. Dicapai pada 19 August 2011.