Pergi ke kandungan

Luiz Inácio Lula da Silva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Luiz Inácio Lula da Silva
Potret rasmi, 2023
Presiden Brazil
Menyandang jawatan
1 Januari 2023
Naib PresidenGeraldo Alckmin
Didahului olehJair Bolsonaro
Dalam jawatan
1 Januari 2003 – 1 Januari 2011
Naib PresidenJosé Alencar
Didahului olehFernando Henrique Cardoso
Digantikan olehDilma Rousseff
Ketua Parti Buruh Brazil
Dalam jawatan
10 Februari 1980 – 15 November 1994
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Maklumat peribadi
Lahir (1945-10-27) 27 Oktober 1945 (umur 79)
Caetés, Brazil
Parti politikParti Buruh Brazil
PasanganMaria de Lurdes (meninggal)
Marisa Letícia Rocco Casa
AnakFábio Luís
Lurian Cordeiro
Luís Cláudio
Marcos Cláudio (Adopted)
Sandro Luís
KediamanSão Bernardo do Campo
Bidang pengkhususanPekerja automotif
Penganjur kesatuan
TandatanganTandatangan Lula (Signature of Luiz Inácio Lula da Silva)

Luiz Inacio Lula da Silva (lahir Luiz Inacio da Silva pada 27 Oktober 1945), lebih dikenali sebagai Lula, ialah seorang ahli politik dan ketua kesatuan yang merupakan Presiden Brazil ke-39 dan terkini sejak tahun 2023. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Presiden Brazil ke-35 dari tahun 2003 hingga tahun 2010. Beliau diiktiraf sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam 100 pemimpin dunia 2010.

Beliau telah bertanding semula untuk jawatan presiden tiga kali namun gagal dalam Pilihan raya presiden Brazil 1989. Lula mencapai kemenangan pada 2002, dan dilantik sebagai Presiden Brazil pada 1 Januari 2003. Dalam Pilihan raya Brazil 2006 beliau terpilih semula untuk penggal kedua yang tamat pada 1 Januari 2011.

Pada 12 Julai 2017, beliau telah disabitkan rasuah (lebih khusus, jenayah rasuah yang dalam undang-undang jenayah Brazil ditakrifkan oleh penerimaan rasuah oleh seorang penjawat awam atau pegawai kerajaan) dan pelaburan wang haram dan dihukum sembilan tahun dan enam bulan di penjara oleh hakim Sérgio Moro.[1][2] Hukuman beliau tersebut kemudiannya ditarik semula dan digugurkan oleh Mahkamah Agung Brazil kerana hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap da Silva adalah berat sebelah, sekaligus memulihkan semula hak politik beliau.

Pada pilihan raya Brazil tahun 2022, da Silva menewaskan presiden Jair Bolsonaro dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 1 Januari 2023.

Luiz Inacio da Silva dilahirkan pada 27 Oktober 1945 di Caetés (kemudian sebuah daerah Garanhuns ), terletak 155 batu (250 km) dari Recife , ibu negeri Pernambuco, Brazil.

Dia adalah anak ketujuh dari lapan beradik. Ayahnya Aristides Inacio da Silva dan ibunya Eurídice Ferreira de Melo. Dua minggu selepas dilahirkan, ayahnya pindah ke Santos dengan Valdomira Ferreira de Gois, sepupu Eurídice.

Pada Disember 1952, ketika Lula hanya tujuh tahun, ibunya memutuskan untuk berhijrah ke Sao Paulo untuk bersama dengan suaminya. Mereka tiba di Guarujá dan mendapati bahawa Aristides telah berkahwin dengan Valdomira. Empat tahun kemudian, Eurídice pindah dengan anak-anaknya ke sebuah bilik kecil di daerah belakang sebuah bar di kota São Paulo . Setelah itu, Lula jarang melihat ayahnya, yang menjadi seorang pemabuk dan meninggal dunia pada tahun 1978.

Lula berkahwin dua kali. Pada tahun 1969 beliau berkahwin dengan Maria de Lourdes, yang meninggal dunia kerana hepatitis pada tahun 1971. Tahun 1974 berkahwin dengan janda bernama Marisa Lula.

Pada Disember 1980, sekumpulan ahli akademik, intelektual, dan pemimpin kesatuan Februari, termasuk Lula, mendirikan Partido dos Trabalhadores (PT) atau Parti Buruh, sebuah parti sayap kiri.

Presiden Brazil (penggal pertama)

[sunting | sunting sumber]

Lula terpilih untuk jawatan presiden pada 27 Oktober 2002 dengan 61% undi dalam pusingan kedua yang diadakan antara dua calon yang mengumpulkan undi yang terbanyak dalam pusingan pertama. Lula mulai menjawat pada 1 Januari 2003. Politik beliau secara tradisional bersifat sayap kiri dan cara politik beliau telah dikategorikan sebagai Lulisme. da Silva menjadi presiden berhaluan kiri Brazil yang pertama semenjak Joao Goulart. Beliau dipilih bersama-sama dengan timbalan presidennya, Jose Alencar, dari Parti Liberal yang kanan-tengah.

Presiden Brazil (penggal kedua)

[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya Brazil tahun 2022, da Silva mengumumkan bahawa beliau akan bertanding semula sebagai Presiden. Beliau memilih Geraldo Alckmin, bekas penentang beliau untuk jawatan Presiden sebagai calon naib presiden beliau. Beliau kemudiannya menewaskan presiden Jair Bolsonaro dan dijangka akan mengangkat sumpah sebagai presiden pada 1 Januari 2023.[3][4]

  1. ^ "Lula é condenado a nove anos de prisão". Veja. July 12, 2017. Dicapai pada July 12, 2017.
  2. ^ Brooks, Brad (July 12, 2017). "Brazil's Former President Found Guilty Of Corruption". Huffington Post. Dicapai pada July 12, 2017.
  3. ^ "Brazil's Lula taps former rival as his pick for running mate". ABC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-22.
  4. ^ https://www.nytimes.com/live/2022/10/30/world/brazil-presidential-election/lula-wins-brazil-election-president-bolsonaro?smid=tw-nytimes&smtyp=cur