Lumba kereta gelongsor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pasukan Amerika Syarikat dalam perlumbaan kereta gelongsor berkumpulan (lelaki) ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 di Vancouver, Kanada

Lumba kereta gelongsor ialah suatu sukan musim sejuk di mana pasukan dua atau empat orang membuat larian merentasi balapan ais yang sempit, memintal dan melencong dalam kereta luncur salji khas (kereta gelongsor atau kereta geluncur, bobsleigh atau bobsled)[1] yang dikuasakan graviti. Larian yang dicatatkan masanya ini dikira dan digabungkan bagi mendapatkan skor akhir.

Kereta gelongsor boleh mencapai kelajuan sebanyak 150 km/j, di mana kelajuan paling tinggi yang pernah dicatatkan ialah sebanyak 201 km/j.[2]

Trek[sunting | sunting sumber]

Trek lumba moden terdiri daripada permukaan konkrit yang disaluti ais; di mana pembinaannya dikehendaki mempunyai satu bahagian jalan lurus dan satu laluan selirat, iaitu sebanyak tiga belokan secara terus menerus. Struktur balapan moden secara idealnya hendaklah berukuran sepanjang 1,200 hingga 1,300 meter (3,900–4,300 kaki) dan mempunyai sekurang-kurangnya 15 lengkungan. Kelajuan yang dicapai atas laluan ini boleh mencapai melebihi 120 kilometer sejam, dengan belokan laluan tertentu boleh mengenakan sebanyak 5 G kepada pasukan-pasukan lumba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'kereta gelongsor' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 6 Mac 2018. 
  2. ^ "Bobsleigh Activity". TeamsOnTour.com. Dicapai 24 November 2016.