Luna 1
Jenis misi | Penghentam qamari |
---|---|
Pengoperasi | Kesatuan Soviet |
Penamaan Harvard | 1959 Mu 1 |
SATCAT № | 112 |
Ciri kapal angkasa lepas | |
Pembuat | OKB-1 |
Berat berlepas | 361 kilogram (796 lb) |
Permulaan misi | |
Tarikh pelancaran | January 2, 1959 16:41:21 | UTC
Roket | Luna 8K72 |
Tapak pelancaran | Baikonur 1/5 |
Parameter orbit | |
Sistem rujukan | Heliosentrik |
Paksi separuh utama | 1.146 AU |
Keeksentrikan | 0.14767 |
Perihelion | 0.9766 AU |
Apohelion | 1.315 AU |
Kecenderungan | 0.01 darjah |
Tempoh | 450 hari |
Lintas terbang Qamari (impak gagal) | |
Pendekatan terhampir | 4 Januari 1959 |
Jarak | 5,995 kilometer (3,725 bt) |
Luna 1, juga dikenali sebagai Mechta (Rusia: Мечта, maksud: Impian),[1] E-1 No.4 dan Perayau Qamari Pertama,[2] merupakan kapal angkasa pertama untuk mencapai sekitaran Bulan Bumi dan juga yang pertama diletakkan di orbit heliosentrik. Bertujuan menjadi satu penghentam, Luna 1 dilancarkan sebagai sebahagian daripada program Luna pada tahun 1959, walau bagaimanapun disebabkan oleh pembakaran peringkat atas yang salah masanya semasa pelancarannya, ia terlepas Bulan; dalam proses menjadi yang pertama di angkasa untuk meninggalkan orbit geopusat.
Kapal angkasa
[sunting | sunting sumber]Luna 1 terdiri daripada kelengkapan radio termasuklah pemancar penjejakan dan sistem telemetri dan lima instrumen untuk mengkaji Bulan dan ruang antara planet; termasuklah sebuah magnetometer, pembilang Geiger, pembilang kerdipan dan pengesan mikrometeorit.
Luna 1 telah direka bentuk untuk memberi impak kepada Bulan, meletakkan dua gada-gada logam jata Soviet yang telah dimasukkan ke dalam pakej. Misi tersebut akhirnya dicapai oleh Luna 2.
Pelancaran
[sunting | sunting sumber]Luna 1 dilancarkan pada 16:41 GMT (22:41 waktu tempatan) pada 2 Januari 1959 dari Tapak 1/5 di Kosmodrom Baikonur oleh roket Luna 8K72. Luna 1 menjadi objek buatan manusia pertama yang mencapai halaju lepas Bumi, bersama-sama dengan roket pembawa seberat 1,472-kilogram (3,245 lb) peringkat atas, di mana ia dipisahkan selepas mencapai orbit heliosentrik.
Kerana kesilapan pengaturcaraan, durasi pembakaran peringkat atas adalah tidak betul, dan akibatnya Luna 1 gagal untuk memberi impak kepada Bulan. Kapal angkasa melepasi dalam 5,995 kilometer (3,725 bt) permukaan Bulan pada 4 Januari selepas 34 jam penerbangan. Ia masih dalam orbit di sekitar Matahari, antara orbit Bumi dan Marikh.[3]
Salah perhitungan
[sunting | sunting sumber]Luna 1 ditakdirkan untuk menghentam Bulan. Bagaimanapun, kerosakan pada sistem kawalan darat menyebabkan kuar kehilangan sasaran dengan 5,995 kilometer; Luna 1 masih mampu untuk mengumpul maklumat penting untuk membantu dalam pemahaman tentang alam semesta.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ David Darling, The complete book of spaceflight: from Apollo 1 to zero gravity.
- ^ Brian Harvey, Russian planetary exploration: history, development, legacy, prospects.
- ^ "Luna 1".
- ^ "Luna Ye-1". Gunter's Space Page. 14 September 2016. Dicapai pada 2017-01-02 – melalui http://space.skyrocket.de.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Luna 1. |
- Program Luna[pautan mati kekal] di Ensiklopedia Soviet Besar
- Kronologi Luna 1 di Zarya
- Laman NASA NSSDC Luna 1