Kosmodrom Baikonur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kosmodrom Baikonur (bahasa Rusia: Космодром Байконур, Kosmodrom Baikonur), juga dipanggil Tyuratam, adalah kemudahan pelancar angkasa tertua dan terbesar yang masih beroperasi di dunia. Pada awalnya, ia dibangun oleh pihak Soviet dan kini berada di bawah pengawasan Rusia, walaupun terletak di Kazakhstan. Letaknya sekitar 200 km di sebelah timur Laut Aral, di tepi utara Syr Darya, berhampiran kota Tyuratam, di bahagian tenggara negara tersebut.

Kedudukan Kosmodrom Baikonur di Kazakhstan.

Nama Baikonur dipilih agar pihak Barat tertipu dan mengira lokasinya berada berhampiran Baikonur, sebuah bandar persinggahan di wilayah gurun pasir berhampiran Dzhezkazgan, sekitar 320 km di sebelah timur laut kedudukan sebenarnya. Koordinat geografinya adalah 45.6° N 63.3° E.

Baikonur adalah tempat pengoperasian utama untuk program angkasa Soviet yang bercita-cita sejak akhir 1950-an hingga 1980-an dan dilengkapi dengan kemudahan lengkap untuk melancarkan kapal angkasa. Baikonur memainkan peranan penting dalam pengoperasian Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Banyak penerbangan bersejarah yang berlepas dari Baikonur: satelit buatan pertama pada 4 Oktober 1957, penerbangan pertama oleh Yuri Gagarin pada 1961, dan penerbangan angkasawan wanita pertama, Valentina Tereshkova pada 1963.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]