Luna 5
Jenis misi | Program Lunar |
---|---|
COSPAR ID | 1965-036A |
Ciri kapal angkasa lepas | |
Pembuat | OKB-1 |
Berat berlepas | 1,474 kilogram (3,250 lb) |
Permulaan misi | |
Tarikh pelancaran | 9 Mei 1965, 07:49:37 UTC |
Roket | Molniya-M 8K78M |
Tapak pelancaran | Baikonur 1/5 |
Menghempas Bulan (pendaratan gagal) | |
Tarikh impak | 12 Mei 1965, 19:10 UTC |
Tapak pendaratan | 8°N 23°W / 8°N 23°W |
Luna 5, atau E-6 No. 10 merupakan kapal angkasa milik Kesatuan Soviet (kini Russia) yang gagal menyempurnakan misi ke bulan untuk Program Luna. Luna 5 merupakan antara kapal angkasa lepas yang akan mendarat di bulan dengan keadaan lancar dan sempurna. Namun perancangannya gagal, Luna 5 disahkan terhempas setibanya di permukaan bulan.
Pelancaran
[sunting | sunting sumber]Luna 5 dilancarkan bersama roket pengiring Molniya-M di Baikonur Cosmodrome. Diterbangkan tepat jam 07:49:37 UTC pada 9 Mei 1965. Kapal angkasa dan bahagian atas Blok L berjaya memasuki orbit bumi. Sebelum Blok L memicu Luna 5 maju ke orbit bulan. Luna 5 merupakan kapal angkasa lepas pertama milik Soviet yang dilancarkan ke bulan dalam tempoh 2 tahun. Misi sebelumnya yang berjaya dilancarkan ialah Luna 4 termasuk dengan 3 rekod kegagalan misi tersebut antaranya E-6 No.6 dan E-6 No.5 pada tahun 1964 serta Kosmos 60 pada tahun 1965.
Kegagalan
[sunting | sunting sumber]Mengikut catatan pada 10 Mei 1965, kapal angkasa tersebut dikatakan telah berpusing berkali-kali pada paksi utama berikutan masalah apungan giroskop dalam I-100 unit sistem panduan. Ini menyebabkan percikan api berlaku pada enjin utama dan kegagalan operasi terjadi serta merta yang berpunca dari kerosakan pada kawalan pendaratan pesawat. Akhirnya, pendaratan yang sempurna mengalami kegagalan dan Luna 5 disahkan terhempas di permukaan bulan. Tapak pertama kejadian tragedi terhempas direkodkan pada kedudukan 31°S 8°W (lembah Mare Nubium), tetapi kemudian lokasi kejadian dianggarkan di kedudukan 8°N 23°W (berhampiran Copernicus). Ini merupakan kapal angkasa Soviet yang kedua yang berjaya memasuki orbit bulan selepas projek Luna 2 pada tahun 1959.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Luna 5 |
- Zarya - Luna programme chronology (Internet Archive)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.