M. Bakri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
M. Bakri
Kulit piring hitam penyanyi M. Bakri.
Latar belakang
Kelahiran1938 (1938)
Berasal dariSingapura Singapore
Meninggal dunia16 Mac 2001(2001-03-16) (umur 62–63)
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an

Allahyarham M. Bakri (1938 — 16 Mac 2001) merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia Dan Singapura.

Ketika itu pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Sepanjang pembabitan Allahyarham M. Bakri dalam bidang seni, beliau telahpun merakamkan lebih 80 buah lagu. Beliau mula terbabit dalam bidang seni suara bermula sebagai penyanyi dalam Orkestra Aliran Muda. Pada 1957, beliau menjadi johan Bintang Radio Seluruh Malaya (ketika itu). Antara pengadil pertandingan termasuk Allahyarham seniman P. Ramlee dan Ahmad Jaafar.

Beliau hanya merakamkan lagu selepas lima tahun berkecimpung antaranya termasuk Sumbangsih dan Kenang Daku Dalam Doamu. Beliau mendirikan rumahtangga bersama Puan Hajjah Salha Majid .

Pada tahun awal 1980-an, beliau aktif dalam kumpulan Sriwana dan antara jawatan yang dipegangnya ialah Ketua Muzik yang terlibat secara langsung dengan Kumpulan Koir.

Beliau juga antara pengasas Kelab Artis Kampong Ubi yang ditubuhkan pada 1995, manakala anggota yang lain termasuk Karim Iskandar, M. Wari, Naim Pani, A. Karim Jais, M. Masnawi dan Zam Zam. [1]

M. Bakri telah meninggal dunia pada 16 Mac 2001 di usia 63 tahun di Makkah selepas selesai menunaikan ibadah haji.

Album[sunting | sunting sumber]

  • 1963 Kenang Daku Dalam Doa Mu[2]
  • 1965 Malaysia Baru
  • 1966 M. Bakri Dengan The Antartics
  • 1967 Berilah Berita
  • 1969 Sumbangsih

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Tangisan Di Malam Hari
  • Pelita Hati
  • Berilah Berita
  • Malaysia Baru
  • Manis Manja


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]