Made Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Made Man
PembangunSilverBack Studios
PenerbitMastertronic (PS2)
Aspyr (PC)
PenulisDavid Fisher
Jim Bottomley
EnjinRenderWare
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation 2, Xbox (Dibatalkan), Xbox 360 (Dibatalkan), GameCube (Dibatalkan)
Pelepasan
  • EU: 6 November 2006
  • NA: 2 April 2007
GenrePenembak diri-ketiga

Made Man ialah permainan video penembak diri-ketiga 2006 yang dibangunkan oleh syarikat UK SilverBack Studios dan diterbitkan oleh Mastertronic dan Aspyr untuk PlayStation 2 dan Microsoft Windows. Permainan ini ditetapkan di dunia jenayah terancang Bandar New York dalam Mafia. Jalan cerita permainan ditulis oleh pengarang jenayah David Fisher dengan kerjasama dari bekas ahli Mafia Salvatore "Bill" Bonanno.

Pemain mengawal watak Joey Verola, seorang bekas tentera, selepas dia didoktrinkan ke dalam dunia jenayah terancang Amerika dan mesti menghidupkan semula hidupnya - setiap saat, setiap pembunuhan - ketika dia naik pangkat untuk menjadi seorang Made Man (ahli Mafia). Jalan ceritanya menjangkau tiga dekad dalam kehidupannya, daripada keseraman Perang Vietnam hingga ke bandar Brooklyn.

Plot[sunting | sunting sumber]

Joey (Rick Pasqualone) terpaksa memasuki dunia jenayah apabila dia menyelamatkan orang kanan seorang Don di Vietnam. Misi-misi dalam permainan ini kebanyakan dari satu siri imbas balik: ketika Joey sedang didorong ke tempat Don untuk menjadi seorang Made man, dia mendedahkan kepada anak saudaranya bagaimana dia naik pangkat dalam tempoh tiga dekad selepas terlibat di dalam pertubuhan Mafia Don Philly Lombardi.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Permainan itu pada asalnya dibangunkan di studio Manchester Acclaim Entertainment di bawah nama Interview with a Made Man. Apabila Acclaim runtuh dan istyihar muflis, pekerja dari studionya berubah menjadi SilverBack Studios, dan disokong oleh Fund4Games yang terus mengusahakan permainan itu.[1] Tajuk permainan itu dipendekkan kepada Made Man dan keluaran versi Xbox yang dirancang telah digugurkan.

Selepas pengeluaran Made Man, ahli daripada pasukan itu berubah sebagai pejabat Manchester Swordfish Studios milik Vivendi yang mengusahakan versi konsol World in Conflict. Apabila seterusnya ia dijual semasa penggabungan Activision Blizzard, ia menjadi cawangan pejabat untuk Manchester bagi pembangun permainan MMOG Monumental Games.[2]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Permainan ini secara amnya telah menerima ulasan negatif, dengan IGN memberi markah terendah. Mereka telah memberikannya 2.4 daripada 10 untuk "Grafik yang lemah, kesan bunyi cetek dan lakonan suara yang kerap tidak masuk akal".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gamesindustry: SilverBack Studios launches from the ashes of Acclaim UK (dalam bahasa Inggeris)
  2. ^ Develop: Monumental moves for Swordfish Manchester (dalam bahasa Inggeris)
  3. ^ "Made Man Review - PC Review at IGN" (dalam bahasa Inggeris). IGN. 5 Jun 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2007. Dicapai pada 31 Ogos 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Made Man di MobyGames (dalam bahasa Inggeris)