Madonna dari Kiev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madonna of Kyiv
PelukisMarina Solomenikova
Tahun2022 (2022)
LokasiMugnano di Napoli

Madonna dari Kiev ialah sebuah imej simbolik memaparkan seorang wanita menyusukan seorang kanak-kanak yang berlindung di stesen kereta api bawah tanah di Kyiv semasa melindungi dirinya daripada serangan pengeboman ibu kota Ukraine, Kyiv pada tahun 2022 oleh Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Foto tersebut yang diambil oleh wartawan András Földes telah menjadi popular di Internet. Foto tersebut telah menjadi ilustrasi kepada krisis kemanusiaan dan ketidakadilan semasa peperangan. Imej itu telah menjadi inspirasi untuk ikon dan dipaparkan di gereja Katolik di Mugnano di Napoli, Itali, menjadikan ia sebagai simbol seni tentang penentangan dan harapan. [1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal tempoh serangan pihak Rusia ke atas Ukraine, imej Tatiana Blizhniak yang berusia 27 tahun sedang menyusukan anak perempuannya, Marichika yang berusia tiga bulan, semasa berlindung di terowong stesen kereta api bawah tanah Kyiv daripada pengeboman kota Kiev oleh Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Keadaan tersebut menarik perhatian wartawan Hungary, András Földes, dan dia secara spontan telah menangkap foto tersebut. Wanita itu berlindung di kereta bawah tanah bersama suami dan anaknya mulai 25 Februari tahun 2022. Walaupun mereka sepatutnya dipindahkan pada 26 Februari, mereka tidak dapat keluar dari terowong yang mereka berteduh kerana pertempuran yang sedang berlaku di luar stesen tersebut. [2] Foto tersebut menjadi viral dan turut dikongsi oleh laman web rasmi Vatican. Artis Ukraine, Marina Solomennikova dari Dnieper adalah antara mereka yang melihatnya. Dia menggunakan imej ikonik seorang wanita sebagai inspirasi untuk potret Mary menyusukan bayinya. Dalam gambar itu, tudung kepala wanita Ukraine digunakan sebagai tudung Mary, dan kepalanya digambarkan di hadapan peta kereta bawah tanah. Pada 5 Mac tahun 2022, artis itu menyiarkan potret yang dibuatnya di Internet. [3]

Atas permintaan paderi Jesuit Vyacheslav Oku, salinan kanvas potret "Madonna dari Metro" telah dihantar ke Itali untuk disimpan di tempat di mana paderi itu akan berkhidmat [1]. Pada satu hari Khamis yang Suci, Uskup Agung Naples telah menyucikan lukisan itu sebagai sebuah objek penyembahan [4]. Ikon itu dipaparkan di Gereja Sacred Heart of Jesus, dan digelar "Madonna of Kiev". Ikon itu dipaparkan di komune Munyano di Napoli. Ikon itu kemudian juga telah disucikan oleh Pope Francis pada 25 Mac tahun 2022. [4]

Tatyana Blijniak dan anaknya kemudiannya telah berpindah dan berlindung di Lviv. [5]

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Imej itu telah menjadi sebuah ilustrasi krisis kemanusiaan dan perang yang tidak adil [5] dan juga sebuah simbol harapan dan simbol penentangan orang Ukraine [1]. Imej itu menjadi simbolik kerana menyerupai sebuah imej suci yang lain yang memaparkan ibu kepada Yesus dari Nazareth, yang berlindung daripada bahaya Herodes Agung [6]. Foto ini dianggap sebagai simbol Maria versi moden yang berlindung daripada keganasan peperangan dan menyusukan bayinya seperti imej suci yang terdahulu tersebut. [6] Sebuah imej lain, Kyiv Virgin juga terkenal kerana peranannya dalam sejarah Ukraine dan identiti negara. Semasa era Soviet, ikon itu telah digunakan sebagai simbol nasionalisme Ukraine dan penentangan terhadap penguasaan Soviet. Hari ini, ia dianggap sebagai khazanah budaya dan simbol identiti dan warisan Ukraine. [7] [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Toma, Mihai (30 April 2022). ""Madona din Kiev". Poza cu o ucraineancă alăptându-și copilul într-un adăpost de la metrou, ajunsă icoană într-o biserică din Italia" (dalam bahasa Romania).
  2. ^ Marcu, Nina (25 April 2022). "Madona del Metro la Napoli". Ziarul Puterea (dalam bahasa Romania).
  3. ^ "Ukrainian mother breastfeeding during war becomes Marian icon". Aleteia.
  4. ^ a b ""Madonna of Kyiv" icon depicted in one of the churches of Naples". risu.ua.
  5. ^ a b "Our Lady of Kiev: Ukrainian nursing woman becomes a symbol of worship".
  6. ^ a b Melnyczuk, Askold. "With Madonna in Kyiv". agnionline.bu.edu.
  7. ^ Alla Nedashkivska, Art and Culture of Ukraine: Contemporary Scholarship, (CIUS Press, 2012)
  8. ^ Orest Subtelny, Ukraine: A History, (University of Toronto Press, 2009)