Magenta satu sen Guiana British

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magenta satu sen Guiana British
Negara pengeluar Guiana British (kini Guyana)
Lokasi pengeluaran Georgetown
Tarikh dikeluarkan 1856
Nature of rarity Amat terhad
Anggaran kewujudan 1
Nilai muka 1 sen
Anggaran nilai AS$8,307,000 (jualan terakhir, 8 Jun 2021, termasuk premium)[1][2]

Setem magenta satu sen British Guiana dianggap oleh banyak filatelis setem langka paling terkenal di dunia.[3][4] Setem ini dikeluarkan dalam jumlah tehad di Guyana British (sekarang Guyana) pada 1856, dan hanya satu spesimen yang diketahui wujud. Ini adalah satu-satunya setem pos utama dikeluarkan yang tidak diwakili dalam Koleksi Filateli Diraja Britain.[5]

Perincian setem mungkin dapat dilihat dengan lebih baik dalam gambar setem 4 sen terbitan sama.

Setem ini bersifat tidak bertebuk, dicetak dalam tulisan hitam pada kertas magenta, dan mempunyai gambar kapal layar bersama-sama dengan moto Latin "Damus Petimus Que Vicissim" (kami memberi dan mengharapkan balasan) di tengah-tengah. Empat garisan nipis membingkai kapal. Negara keluaran dan nilai setem dalam huruf kecil hitam pula mengelilingi bingkai. Dengan harga jualan AS$9,480,000 pada 17 Jun 2014[1][2] kepada pereka fesyen Amerika, Stuart Weitzman; setem ini memecahkan rekod dunia bagi nilai harga lelong setem tertinggi.[6] Setem itu dilelong semula pada 8 Jun 2021 dengan harga $8,307,000.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Setem ini ialah sebahagian daripada siri tiga setem definitif yang dikeluarkan pada 1856 dan bertujuan untuk digunakan di surat khabar tempatan. Dua setem lain, versi magenta dan biru empat sen, digunakan bagi hantaran pos. Keluaran setem ini timbul melalui nasib malang. Penghantaran setem yang dijangkakan melalui kapal tidak tiba sehingga pengepos tempatan, E.T.E. Dalton, pencetak sah Joseph Baum dan William Dallas selaku para penerbit surat kabar Official Gazette di Georgetown, untuk mencetak tiga setem sebagai terbitan kecemasan. Dalton memberikan beberapa spesifikasi mengenai reka bentuknya, tetapi pencetak memilih untuk menambahkan gambar kapal rekaan mereka sendiri terhadap setem. Dalton tidak berpuas hati dengan hasil akhirnya, dan sebagai langkah perlindungan terhadap pemalsuan, beliau memerintahkan agar semua surat yang mengandungi cap itu ditandatangani oleh kerani pejabat pos. Setem khas ini ditandangani dengan E.D.W. oleh kerani Edmond D. Wight. [7]

Huraian dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Hanya satu salinan setem satu sen yang diketahui wujud. Setem ini wujud dalam keadaan terpakai dan telah dipotong dalam bentuk segi lapan. Tanda tangan, sesuai dengan dasar Dalton, dapat dilihat di sebelah kiri, bersama dengan tanda pos yang ketara.

Setem ini ditemui pada tahun 1873 oleh seorang pelajar sekolah Scotland berumur 12 tahun, Louis Vernon Vaughan, di daerah Demerara, Guyana (seperti pada cap pos), di antara surat-surat bapa saudaranya. Memandangkan tidak ada catatan dalam katalog capnya, beliau menjualnya beberapa minggu kemudian sebanyak enam shilling[3] kepada pengumpul tempatan, Neil Ross McKinnon. Pada 1878 .koleksi McKinnon dijual kepada pengedar setem Liverpool, Thomas Ridpath, dengan harga £120. [8] Tidak lama kemudian, pada tahun yang sama, Thomas Ridpath menjual setem itu kepada Philipp von Ferrary dengan harga sekitar £50.[8] Koleksi setemnya yang besar diwasiatikan terhadap sebuah muzium di Berlin tetapi setelah kematian Ferrary pada 1917, keseluruhan koleksi diambil oleh Perancis sebagai pampasan perang setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama.[9]

Arthur Hind pula membeli setem itu dalam siri empat belas lelongan pada 1922 dengan harga lebih dari $36,000 (dilaporkan mengalahkan tiga orang raja, termasuk George V); pada 6 April 1922, dalam penjualan ketiga, lot 295, setem dijual dengan harga 300,000 franc + 17½% cukai (menganggap 48 frs. bersamaan £1, nilai setem ialah £7,343).[8] Pada 30 Oktober 1935, setem ini ditawarkan untuk dijual di lelongan Harmer Rooke & Co bernombor 2704, lot 26, di mana tawaran sebanyak £7,500 diterima dari Percival Loines Pemberton. Walau bagaimanapun, lot ditarik balik dan dikembalikan kepada Mrs. Scala (dahulunya Mrs. Hind).[8] Pada 1940, dia menawarkan setem itu bagi penjualan peribadi melalui bahagian filateli di kedai serbaneka Macy's di New York City. Kemudian, setem itu dibeli dengan harga $40,000 oleh Fred "Poss" Small, seorang jurutera kelahiran Australia dari Florida, yang ingin memiliki setem itu sejak dia pertama kali mendengarnya ketika masih kecil.[10] Semasa memperolehnya, Small berjaya melengkapkan koleksi setemnya dari Guiana British. Pada 1970, Small melelong seluruh koleksi setemnya (dianggarkan bernilai $750,000), dan setem satu sen diperoleh oleh sindiket para pelabur Pennsylvania, yang diketuai oleh Irwin Weinberg, yang membayar $280,000 bagi setem itu dan menghabiskan sebahagian besar dekad itu untuk membuat pameran dalam jelajah dunia. John E. du Pont membeli setem dengan harga $935,000 pada 1980,[3][6] menetapkan rekod dunia bagi harga setem sekali lagi.[6] Selepas itu, setem itu dipercayai dikurung di dalam peti besi bank ketika pemiliknya berada di penjara.[11] Du Pont meninggal dunia ketika masih dipenjarakan pada 9 Disember 2010; 80% daripada hasil lelongan tersebut diserahkan kepada Valentin Yordanov, seorang ahli gusti Bulgaria yang telah bersara, yang mana Du Pont telah meninggalkan sebahagian besar harta tanahnya.[12]

Setem itu dijual dari ladang DuPont pada 17 Jun 2014 di acara lelongan Sotheby's di New York, dengan nombor penjualan N09154, dengan harga $9,480,000 termasuk premium.[1][2] Hanya tempoh dua minit diambil untuk menjual kepada penawar awanama, dan merupakan kali keempat cap tersebut memecahkan rekod dunia bagi tawaran setem tunggal; kali ini, penjualan itu memecahkan rekod 1996 bagi setem Treskilling Yellow bernilai $2.3 juta, sehelai setem 1855 dari Sweden.[6] Sejak itu, pembeli telah mendedahkan dirinya sebagai pereka kasut dan ahli perniagaan Stuart Weitzman, yang mengumpulkan setem ketika zaman kanak-kanaknya. [13] Setem itu dilelong semula pada 8 Jun 2021 dengan harga $8,307,000.[14][15]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada satu ketika, dicadangkan bahawa cap satu sen hanyalah salinan "doktor" dari setem empat sen dari siri yang sama, sebuah setem yang sangat serupa dengan setem asal daripada aspek rupa. Walau bagaimanapun, tuntutan ini telah dibantah.[16]

Pada 1920-an, timbul desas-desus bahawa salinan setem kedua telah dijumpai oleh pemilik ketika itu, Arthur Hind, yang secara senyap-senyap membeli salinan kedua yang dengan niat untuk memusnahkannya. Khabar angin itu belum dibuktikan.[17]

Pada 1999, setem satu sen yang kedua didakwa telah ditemui di Bremen, Jerman. Setem itu dimiliki oleh Peter Winter yang terkenal dengan pembuatan banyak barang-barang filateli klasik palsu,[18] dan dicetak pada kertas moden. Setem itu diperiksa dua kali dan didapati palsu oleh Persatuan Filateli Diraja dari London. Pada pendapat mereka, spesimen ini ialah setem versi empat sen yang diolah.[17][19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "The British Guiana". Sotheby's. 17 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 July 2015. Dicapai pada 19 July 2014.
  2. ^ a b c "The British Guiana" (PDF). Sotheby's. 17 June 2014. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 19 July 2014.
  3. ^ a b c Carlton, R. Scott (1997). The international encyclopaedic dictionary of philatelics. Krause Publications. m/s. 36–37. ISBN 0-87341-448-9.
  4. ^ "Rare stamp sets auction record". 18 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2018. Dicapai pada 21 June 2018 – melalui www.bbc.co.uk.
  5. ^ Feinberg, Ashley (1 March 2014). "Why This Red Smudge Is The Most Valuable Stamp In The World". Gizmodo Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2014. Dicapai pada 8 December 2014.
  6. ^ a b c d "Rare British Guiana stamp sets record at New York auction". BBC News. 17 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 June 2014. Dicapai pada 18 June 2014.
  7. ^ "The Remarkable Story of the World's Rarest Stamp". Smithsonian Magazine. 4 June 2015. Dicapai pada 12 March 2021.
  8. ^ a b c d Williams, L. N. and M. (1946). Famous Stamps. Chambers. m/s. 26.
  9. ^ "The One and Only British Guiana 1c Magenta: Part I". 29 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2018. Dicapai pada 9 September 2018 – melalui oldlouis.com.
  10. ^ McGann, George (8 April 1970). "What did it feel like to own the most valuable piece of paper in the world?". Australian Women's Weekly. m/s. 2–3.
  11. ^ Rachlin, Harvey (1996). Lucy's Bones, Sacred Stones and Einstein's Brain. Henry Holt & Company. ISBN 0-8050-6406-0.
  12. ^ Brown, Robin (18 June 2014). "Du Pont stamp sells for record $9.5 million". The News Journal (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2014. Dicapai pada 14 February 2019.
  13. ^ "Stuart Weitzman to Display Rare Stamp That Fulfilled Boyhood Dream", New York Times, 4 June 2015, diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2017, dicapai pada 1 March 2017
  14. ^ Healey, Matthew (8 June 2021). "Legendary treasures sell briskly, but stamp results fall short of hopes". World Stamps. Linns Stamp News. Dicapai pada 9 June 2021.
  15. ^ "In Just 10 Minutes, One Coin and Five Stamps Owned by Shoe Designer Stuart Weitzman Fetched $32 Million at Sotheby's". Artnet News. 9 June 2021. Dicapai pada 15 July 2021.
  16. ^ "Part 5: The Story of the World's Most Famous Stamp from 1892 to 1922". Sotheby's. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 8 December 2014.
  17. ^ a b "British Guiana: the rarest stamp in the world?". Stamp Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 June 2016. Dicapai pada 8 December 2014.
  18. ^ Oswald, Sheryll (28 July 2001). "Peter Winter and the modern German forgeries on eBay". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 February 2015. Dicapai pada 8 December 2014.
  19. ^ Pearson, Patrick (May 2000). "British Guiana Four Cent and One Cent of 1856". The London Philatelist (1275). m/s. 108–120.