Setem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Contoh pelbagai setem flora Malaysia
Contoh setem bola Indonesia, 2010
Contoh setem Jepun, 2010

Setem (disebut [sĕ.tém]; Jawi: ستيم Mal., Sin., Bru.)[1] atau prangko (disebut [prang.ko] Ind. tmsk Riau)[2] ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya terdiri daripada kepingan kertas berbentuk segi empat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Istilah digunakan se-Nusantara berbeza dari satu negara ke satu negara lain hasil pengaruh pihak penjajah yang memperkenalkan sistem pos ke jajahan masing-masing. Di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak (merangkumi Malaysia moden), Singapura dan Brunei jajahan British, perkataan setem diperkenalkan menyerap bahasa Inggeris stamp yang pada asalnya bermaksud "cap" atau "tera", yakni alat yang pernah digunakan untuk menandakan surat bakal dikirim dari pejabat pos.

Kawasan penutur Melayu dijajah Belanda pula (kini merangkumi Indonesia) lebih menggunakan istilah prangko atau perangko (baik melalui baku Indonesia mahupun loghat-loghat tempatan[2]) menyerap istilah bahasa Belanda franco;[3][4] Kitab Vortaro memberikan takrifan franco "onkost kirimnja sudah dibayar"[3] manakala kamus-kamus Belanda pula mentakrifkan perkataan sama ini sebagai "bebas [cukai] penghantaran" (portvrij) memendekkan frasa bahasa Itali franco di porto bermaksud sama (vrij van verzendkosten).[4][5]

Kedua-dua belah Nusantara ini juga mempunyai istilah kepala raja[6][7] bermaksud sama merujuk kepada profil penguasa jajahan yang pernah menghiasi kepingan bernilai sebegini.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Surat-surat yang diterima penghantar untuk dikirim ke lokasi destinasi sebelum ini ditandakan dengan suatu cop memastikan keberadaan surat dihantar ke tempat dituju, langkah ini diciptakan Henry Bishop dengan rekaannya "Bishop Mark" pada tahun 1661.[8][9]

Penny black

Setem pemposan julung kali diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 sebagai sebahagian rombakan perkhidmatan pos pimpinan Rowland Hill. Oleh itu yuran pos mula dibayar oleh pengirim dan bukannya penerima seperti sebelum itu, namun mengirim secara prabayar bukanlah wajib. Setem pos pertama, Penny Black julung kali dikeluarkan pada 1 Mei bagi kegunaan mulai 6 Mei, dan dua hari kemudian, Two pence blue, dengan ukiran Ratu Victoria yang muda, merupakan kejayaan besar, namun penapisan seperti tebukan tepi hanya digunakan bagi setem yang diterbitkan tidak lama kemudian.

Negara-negara lain turut mencontohi UK dengan memakai sistem setem; Kanton Zürich di Switzerland menghasilkan setem 4 dan 6 rappen Zurich; meskipun Penny Black boleh digunakan untuk menghantar mana-mana surat yang beratnya kurang 15 gram dalam United Kingdom, perkhidmatan pos Switzerland masih mengira kadar pos berdasarkan jarak pengiriman. Brazil mengeluarkan setem Mata Lembu (Bull's Eyes) pada tahun 1843, menggunakan mesin cetak yang sama seperti yang digunakan untuk Penny Black. Kerajaan Brazil memilih rekabentuk abstrak dan bukannya gambar Maharaja Pedro II agar imej baginda tidak dicacatkan oleh cop pos. Pada tahun 1845 sebilangan pegawai pos di Amerika Syarikat menghasilkan setem sendiri, tetapi setem yang pertama kali dikeluarkan secara rasmi muncul pada tahun 1847, dengan setem 5 dan 10 sen yang menampilkan potret Benjamin Franklin dan George Washington. Sebilangan negara lain mengeluarkan setem sendiri pada akhir 1840-an, tetapi banyak lagi negara lain memulakan sistem setem pada 1850-an dan menjelang 1860-an kebanyakan negara di dunia sudah menghasilkan setem pos.

Semenjak lahirnya setem pos di United Kingdom, bilangan surat yang dikirim naik mendadak dari 82 juta pada tahun 1839 ke 170 juta pada tahun 1841. Hari ini purata 21 bilion benda dikirim melalui pos setiap tahun di UK sahaja.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Kertas[sunting | sunting sumber]

Kepingan ini kini dicetak pada kertas putih, tetapi ada juga yang dicetak pada kertas berwarna dengan maksud tertentu. Kertas juga menggambarkan masa atau negara mana yang mengeluarkan setem tersebut .Kertas yang dicetak umumnya sudah dibubuh bahan pelekat yang akan menempel dengan mudahnya pada sampul surat apabila terkena air.

Setem atau prangko ini menampilkan gambar yang melambangkan citra atau jatidiri sesebuah negara (dengan adanya ketua negara atau tokoh terkenal) atau gambar lain sebagai sarana promosi atau peringatan lainnya disertakan tahun cetakan atau harga nominal dengan hiasan seperlunya. Nama negara pengeluar juga dimuatkan baik menggunakan bahasa rasmi negara pengeluar (sama ada satu, mahupun lebih daripada dua seperti di Belgium, Kanada, Afrika Selatan, Sri Lanka dan Finland), mahupun menggunakan singkatan.

Pemberian warna berbeza dalam set kepingan kadangkala ada dengan tujuan untuk membezakan jenis fungsi mahupun harga beli.

Percetakan[sunting | sunting sumber]

Pada umumnya kepingan ini dicetak oleh percetakan negara. Di Indonesia, setem dicetak oleh Perum Peruri. Dewasa ini, pencetakan dilakukan dengan menggunakan mesin-mesin modern namun secara garis besar tetap mengikuti prinsip-prinsip di bawah ini:

Dalam keadaan darurat, ada nilai yang dicetak dengan klise terdiri dari huruf-huruf lepas (typeset) seperti halnya orang mencetak kartu nama sebagai contoh setem yang dikeluarkan oleh Malta pada tahun 1925. Kadang-kadang masih disetai klise gambar seperti pada setem milik Guiana British (1856) yang merupakan setem termahal di dunia. Kepingan dicetaktindih umumnya menggunakan typeset sebagai contoh setem edisi RIS, RIAU, UNTEA.

Umumnya ada setem-setem yang tercetak menyimpang dari setem umumnya. Karena jumlahnya sedikit, setem-setem yang cetakannya menyimpang menjadi incaran para filatelis, karena langka dan harganya sangat mahal. Sebagai gambaran bila setem yang bergambar penari piring tercetak dengan piring yang menghadap ke atas, maka ada setem yang bergambar penari piring tercetak dengan piring yang menghadap ke bawah, dan setem inilah yang kemudian menjadi incaran para kolektor.

Ciri keselamatan[sunting | sunting sumber]

Tanda air atau tera air (watermark) akan dicetakkan secara halus pada permukaan kepingan setem - kesan ini akan menunjukkan gambar yang khusus dilihat apabila kertas tersebut dibentangkan di hadapan cahaya atau detektor khusus bagi menghindari pemalsuan.

Perforasi[sunting | sunting sumber]

Perforasi merupakan baris lubang yang ditebuk di antara deretan kepingan selembar agar mudah dicarik sekeping-sekeping tanpa merosakkan muka kepingan yang ingin dipakai. Ia merupakan suatu inovasi yang mula diwwujudkan di United Kingdom sejak tahun 1864, di mana sebelum itu kepingan yang ingin digunakan perlu digunting dari lembarannya. Setem tanpa perforasi memiliki harga yang lebih mahal daripada setem dengan jenis yang sama yang diterbitkan tanpa gigi.

Terdapat tiga jenis penebukan sedemikian:

  • Perforasi baris
  • Perforasi sisir
  • Perforasi blok

Perforasi sendiri tidak hanya berbentuk lubang, tetapi dapat berbentuk:

  • Tusuk jarum (pin perporation)
  • Tusuk pisau (roulette)

Jenis[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "setem". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ a b Lihat:
    • "prangko". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "prangko". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 1997. m/s. 310-311.
    • "prangko". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  3. ^ a b "franco", di Kwik Khing Djoen (1923), m/s. 118.
  4. ^ a b van der Sijs, Nicoline (2010). "franco". Nederlandse woorden wereldwijd. Den Haag: SDU Uitgevers. ISBN 9789012582148.
  5. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "franco". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  6. ^ "kapala radja", di Kwik Khing Djoen (1923), m/s. 164.
  7. ^ Lihat:
    • "kepala raja". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kepala raja". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2016.
  8. ^ Lowe, Robson (1952). The Encyclopaedia of British Empire Postage Stamps, 1661-1951, vol.I. London: Robson Lowe Ltd. m/s. 17.
  9. ^ The story of the Bishop Marks is traced in Robson Lowe, Handstruck Stamps of the Empire, (1939), Appendix 2.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

  • Kwik Khing Djoen (1923). Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]