Magna Carta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Magna Carta

Magna Carta Libertatum [mag-na kar-ta li-bér-ta-tum] ("Piagam Kebebasan Agung" dalam bahasa Latin") atau Magna Carta merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di England. Piagam ini merupakan suatu titik awal dalam proses mendirikan sistem perlembagaan dan undang-undang am yang wujud pada hari ini. Magna Carta dianggap salah satu daripada dokumen-dokumen penting dalam sejarah demokrasi.

Piagam ini diwujudkan hasil daripada pertelingkahan antara Paus Innocentius III, Raja John dan baron-baron England tentang kuasa dan hak raja. Piagam ini mewajibkan John melepaskan tuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati undang-undang am dan tertakluk kepada undang-undang. Piagam ini juga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Raja John yang memerintah England pada ketika itu banyak kehilangan milik tanah pusakanya di Perancis kepada Raja Philip II di sana pada tahun 1204. Baginda berusaha dengan bersungguh-sungguhnya mendapatkan balik pemilikan tanah pusaka ini selama bertahun-tahun melalui pengenaan cukai pajak tinggi kepada baron-baron agar mendanai suatu perang mengembalikan tanah pusaka ini; namun perang tersebut yang berlangsung di Bouvines (kini di utara Perancis) pada 1214 gagal melakukan demikian serta memakan banyak harta.[1] Raja John terpaksa membuat suatu saman demi berdamai serta membayar suatu pampasan.[2]

Baginda raja sangat dibenci oleh kebanyakan baron yang banyak berhutang dengan baginda, malah kedua-dua pihak ini saling sangsi antara satu sama lain.[3][4][5] Lebih memburukkan lagi, segelintir daripada baron-baron ini di utara dan barat mula merancang suatu pemberontakan menentang kerajaan baginda; mereka yang memberontak ini turut menuntut agar Raja John memeterai Piagam Kebebasan (Charter of Liberties) yang digubal Raja Henry I yang mengikat perkara berkaitan layanan dan perlindungan hak yang diberikan atas para baron dan pembesar.[6][7][8]

Kesedaran baginda raja menyedari hal ini menyebabkan baginda mengadakan suatu sidang majlis di London pada Januari 1215 bagi membincangkan pembaharuan undang-undang yang berkemungkinan serta menaja perbicangan antara wakil-wakil baginda bersama pihak baron di Oxford pada musim bunga tahun yang sama.[9] Kedua-dua pihak baron dan raja meminta bantuan kepada Paus Innocentius III atas memudahkan penyelesaian pertelingkahan ini,[10] pihak baron pula mengeluarkan suatu dokumen yang didasarkan Piagam Kebebasan yang menyatakan tuntuan mereka - tujuh perkara daripada dokumen ini menjadi asas kepada "Piagam Agung" yang terbentuk beberapa lama kemudian.[11][12][13]

Isi piagam[sunting | sunting sumber]

Isi Magna Carta sebagai berikut:

  1. Raja beserta keturunannya berjanji akan menghormati kemerdekaan, hak dan kebebasanGereja England.
  2. Raja berjanji kepada penduduk kerajaan yang bebas untuk memberikan hak-hak.
  3. Para petugas keamanan dan pemungut pajak akan menghormati hak-hak rakyat jelata yang dijamin.
  4. Para petugas keadilan dan keselamatan jaksa tidak dapat menahan seseorang tanpa sebarang bukti dan saksi yang sah.
  5. Seseorang yang bukan dalam perhambaan tidak akan ditahan, ditangkap atau mengaku bersalah tanpa perlindungan negara dan tanpa alasan undang-undang sebagai dasar tindakannya.
  6. Apabila seseorang tanpa perlindungan undang-undang sudah tertahan, raja berjanji akan membetulkan serta mengampunkan kesalahannya.
  7. Kekuasaan raja harus dibatasi.
  8. Hak asasi manusia lebih penting dan diutamakan daripada sebarang kedaulatan, kekuasaan, politik dan undang-undang negara yang termaktub.

Petisyen Undang-Undang (Petition of Rights)[sunting | sunting sumber]

Pada dasarnya, teks ini mengandungi persoalan mengenai hak-hak rakyat berserta jaminannya. Ia diajukan oleh para bangsawan kepada raja di depan Parlimen England yang bersidang pada tahun 1628. Isinya secara garis besar menuntut hak-hak sebagai berikut:

  1. Kutipan pajak cukai dan dana khusus harus disertakan suatu persetujuan daripada pihak parlimen.
  2. Rakyat jelata tidak boleh dipaksa menerima tentera memasuki kediaman masing-masing.
  3. Pihak entera tidak boleh menggunakan undang-undang perang dalam keadaan damai.

Akta Habeas Corpus (Habeas Corpus Act)[sunting | sunting sumber]

Akta ini bertindak sebagai undang-undang yang mengatur tentang penahanan seseorang dibuat pada tahun 1679. Isinya adalah seperti berikut:

  1. Seseorang yang ditahan mesti segera diperiksa dalam tempoh selama 2 hari.
  2. Alasan penahanan seseorang harus disertai bukti yang kukuh dan sah menurut undang-undang.

Rang Undang-Undang (Bill of Rights)[sunting | sunting sumber]

Rang merupakan undang-undang yang dicetuskan tahun 1689 dan diterima parlimen England. Antara kandungan ia:

  1. Kebebasan dalam pemilihan anggota parlimen.
  2. Kebebasan bersuara dan meluahkan pendapat.
  3. Cukai , undang-undang dan pembentukan tentara tetap mendapat keizinan parlimen.
  4. Hak warganegara untuk bebas memeluk agama atau kepercayaan masing-masing dijamin
  5. Hak parlimen untuk mengubah keputusan raja ditetapkan.

Impak dan pengaruh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carpenter 1990, m/s. 7.
  2. ^ Danziger & Gillingham 2004, m/s. 168.
  3. ^ Turner 2009, m/s. 139.
  4. ^ Warren 1990, m/s. 181.
  5. ^ Carpenter 1990, m/s. 6–7.
  6. ^ Danziger & Gillingham 2004, m/s. 256–58.
  7. ^ Turner 2009, m/s. 174.
  8. ^ McGlynn 2013, m/s. 131–32.
  9. ^ Turner 2009, m/s. 178.
  10. ^ McGlynn 2013, m/s. 132.
  11. ^ Holt 1992a, m/s. 115.
  12. ^ Poole 1993, m/s. 471–72.
  13. ^ Vincent 2012, m/s. 59–60.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]