Oxford

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Oxford
Logo rasmi Oxford
Nama panggilan: "Bandar Raya Puncak Menara Impian"
Cogan kata: "Fortis est veritas" "Kebenaran ialah kekuatan"
Ditunjukkan di dalam Oxfordshire
Ditunjukkan di dalam Oxfordshire
Negara berdaulatUnited Kingdom
Negara juzukEngland
WilayahEngland Tenggara
Pusat pentadbiranPusat Bandaraya Oxford
DiasasterAbad ke-8
Status bandar raya1542
Kerajaan
 • JenisBandar raya
 • Badan pemerintahanMajlis Bandaraya Oxford
 • Lord Mayor

- Timbalan Lord Mayor
Cllr Mary Clarkson (2009-2010)
Cllr John Goddard (2009-2010)
 • Eksekutif

- Ketual Majlis
Buruh (pentadbiran minoriti)
Cllr Bob Price
 • Ahli ParlimenEvan Harris (LD)
Andrew Smith (L)
 • Syerif Oxford

- Lord Lieutenant dari Oxfordshire
Cllr Elise Benjamin (2009-2010)
Tim Stevenson OBE (2009-
Keluasan
 • Jumlah17.60 batu persegi (45.59 km2)
Penduduk
 (anggaran 2008)
 • Jumlah153,900 (Ditempatkan ke−117 antara 326)
 • Kepadatan8,500/batu persegi (3,270/km2)
 • Keetnikan
(Anggaran 2005)
73.0% Orang British Putih
9.1% Orang Putih lain ((kategori keetnikan United Kingdom)
5.7% Asia Selatan
3.0% Hitam
2.9% Cina
2.7% Ras kacuk
1.9% Lain-lain
1.8% Ireland Putih
Zon waktuUTC0 (GMT)
 • Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Poskod
Kod kawasan01865
ISO 3166-2GB-OXF
Kod ONS38UC
Rujukan grid OSSP513061
Laman sesawangwww.oxford.gov.uk

Oxford ialah bandar raya dan bandar kaunti di Oxfordshire, England Tenggara. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 165,000 orang, dengan 151,000 orang tinggal di dalam sempadan daerah. Sungai Cherwell dan Sungai Thames mengalir merentasi Oxford dan bertemu di sebelah selatan pusat bandar raya. Pada bahagian di sekitar Oxford sepanjang 10 batu (16 km), Sungai Thames dikenali sebagai The Isis.

Bangunan di Oxford menonjolkan contoh bagi setiap zaman seni bina British sejak ketibaan orang Saxon, termasuk bangunan Radcliffe Camera pertengahan abad ke-18 yang ikonik. University of Oxford ialah universiti yang tertua di dunia berbahasa Inggeris. Oxford dikenali sebagai "bandar raya puncak menara impian", satu ungkapan yang dicipta oleh pemuisi Matthew Arnold sebagai rujukan kepada seni bina bangunan universiti Oxford yang berharmoni.

Pada 6 Mei 1954, Roger Bannister, seorang pelajar perubatan yang ketika itu berumur 25 tahun, berlari batu empat minit pertama yang disahkan di balapan Jalan Iffley, Oxford.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Oxford diduduki buat pertama kali sewaktu zaman Saxon dan pada asalnya dikenali sebagai "Oxenaforda" yang membawa erti "Harungan Lembu Jantan", kerana wujudnya harungan atau bahagian paling cetek sebatang sungai amat penting untuk tujuan pergerakan pada zaman sebelum majunya pembinaan jambatan.[1] Pengasasan biara St Frideswide pada abad ke-8 kemudian memulakan kota di kawasan ini. Oxford menerima piagamnya daripada Raja Henry II pada 1191, dengan piagam itu memberikan penduduk Oxford hak dan pengecualian yang sama dengan penduduk di ibu kota kerajaan. Persidangan parlimen seringnya diadakan di bandar itu pada abad ke-13. Peruntukan Oxford kemudian diasaskan oleh segolongan baron yang diketuai oleh Simon de Montfort, dengan dokumen itu biasanya dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di England. University of Oxford disebut buat pertama kali dalam rekod abad ke-12. Pada 1790, Terusan Oxford dibina untuk menghubungkait kota Oxford dengan Coventry.

Menjelang abad ke-20, Oxford mengalami pertumbuhan perindustrian dan jumlah penduduk yang pesat, dengan industri percetakan dan penerbitan menjadi mapan menjelang dekad 1920-an. Juga pada dekad itu, ekonomi dan masyarakat Oxford melalui satu perubahan yang besar apabila William Morris mengasaskan Morris Motor Company untuk mengeluarkan kereta secara besar-besaran di Cowley di pinggir tenggara Oxford.

Pada awal 1970-an, Oxford telah menjadi sebuah bandar raya yang terdiri daripada dua belah:

  • kota universiti di sebelah barat Jambatan Magdalen; dan
  • kota kereta di sebelah timur.

Ini telah menyebabkan ungkapan jenaka pintar bahawa "Oxford ialah tebing kanan Cowley". Sesungguhnya, Cowley kemudian mengalami banyak kehilangan kerja pada 1980-an dan 1990-an, akibat kemerosotan British Leyland, tetapi ia kini mengeluarkan MINI Baharu yang berjaya untuk BMW di tapak yang lebih kecil. Sekawasan besar kemudahan pengilangan kereta yang asal di Cowley telah dirobohkan pada 1990-an dan kini menjadi tapak untuk Taman Perniagaan Oxford.[2]

Oxford kini menampilkan wajah kosmopolitan yang terkenal, hasil daripada:

khususnya di kawasan Headington dan Cowley Road yang memiliki banyak bar, kafe, restoran, kelab, kedai etnik, dan kedai makanan segera. Oxford ialah salah satu bandar raya di Britain yang menonjolkan paling banyak kepelbagaiaan, dengan anggaran jumlah penduduk yang paling terkini (2005) [3] menunjukkan bahawa 27% daripada penduduknya berasal daripada golongan minoriti etnik, termasuk 16.2% daripada golongan minoriti etnik bukan kulit putih (ONS).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Latitud dan longitud Oxford ialah 51°45′07″N 1°15′28″W / 51.75194°N 1.25778°W / 51.75194; -1.25778Koordinat: 51°45′07″N 1°15′28″W / 51.75194°N 1.25778°W / 51.75194; -1.25778 atau rujukan grid SP513061 (di Menara Carfax yang biasanya dianggap sebagai pusat Oxford).

Iklim[sunting | sunting sumber]

Oxford memiliki iklim sederhana samudera (dikelaskan sebagai "Cfb" oleh pengelasan Köppen). Kerpasan diagihkan dengan sama rata pada sepanjang tahun, dibekalkan sebahagian besarnya oleh sistem cuaca yang datang dari Lautan Atlantik. Suhu terendah yang pernah dirakamkan di Oxford ialah -16.6 °C (2 °F) pada Januari 1982, manakala suhu tertinggi sebanyak 35.6 °C (96 °F) dirakamkan pada Ogos 2003 sewaktu mengalami gelombang haba Eropah 2003.

Terdapat sudut pemikiran bahawa akibat perubahan iklim, suhu di Oxford semakin meningkat, manakala hujan semakin berkurangan pada musim panas dan semakin meningkat pada musim sejuk.

Maklumat tentang keadaan purata yang ditunjukkan di bawah adalah daripada Stesen Metereologi Radcliffe. Ia menonjolkan siri rekod suhu dan hujan yang paling panjang untuk satu tapak di Britain. Rekod itu adalah selanjar dari Januari 1815. Cerapan hujan, awan dan suhu yang tidak tetap juga wujud sejak 1767.[4]

 Suhu dan kerpasan purata untuk Oxford, UK 
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Suhu tinggi purata °C (°F) 6.8
(44)
7.4
(45)
10.1
(50)
13.0
(55)
16.7
(62)
19.8
(68)
21.7
(71)
21.2
(70)
18.5
(65)
14.2
(58)
9.8
(50)
7.4
(45)
13.9
(57)
Suhu rendah purata °C (°F) 1.4
(35)
1.4
(35)
2.5
(37)
4.3
(40)
7.2
(45)
10.2
(50)
12.2
(54)
11.9
(53)
9.8
(50)
6.8
(44)
3.8
(39)
2.1
(36)
6.1
(43)
Kerpasan mm (inci) 52.6
(2.1)
41.0
(1.6)
41.1
(1.6)
43.9
(1.7)
50.6
(2)
53.3
(2.1)
59.5
(2.3)
58.3
(2.3)
60.3
(2.4)
65.3
(2.6)
61.8
(2.4)
55.8
(2.2)
643.5
(25.3)
Sumber: Stesen Meteorologi Radcliffe (Nota: Data daripada tempoh 1881–2004) [5] 2008-03-17

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Bangunan Radcliffe Camera.
Teater Sheldon pada 2009
Peta Oxford (1904).

Subbandar Cowledy di Oxford memiliki sejarah pengilangan kereta yang panjang dan kini mengeluarkan BMW MINI.

Pembruan[sunting | sunting sumber]

Morrells, sebuah kilang bir wilayah yang berpusat di Oxford, diasaskan pada 1743 oleh Richard Tawney. Pada 1782, Tawney membentuk perkongsian dengan Mark dan James Morrell yang akhirnya menjadi pemilik syarikat itu.[6] Bangunan kilang bir yang dikenali sebagai "Lion Brewery" terletak di St Thomas Street. Kilang itu terkenal untuk minuman seperti "Sambuca". Sesungguhnya, ia ditutup pada 1998 selepas pencetusan pertikaian keluarga yang sengit.[7] Nama jenama birnya diambil alih oleh kilang bir Thomas Hardy Burtonwood,[8] manakala 132 buah pub yang berikat dibeli oleh "Morrells of Oxford" [9] yang menjual kebanyakannya pula kepada Greene King pada 2002.[10] Juga pada 2002, bangunan Lion Brewery dijadikan pangsapuri mewah.[11]

Kawasan perdagangan[sunting | sunting sumber]

Di luar Pusat Bandar Raya:

Teater dan pawagam[sunting | sunting sumber]



Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Puncak menara idaman Oxford yang menghadap Christ Church di sebelah selatan (Katedral Christ Church terletak di sebelah kiri, manakala Menara Tom terletak di sebelah kanan).


Kolej All Souls pada senjakala.
Medan segi empat utama University College.
Pandangan udara pusat bandar Oxford.

Oxford memiliki banyak tarikan pelancong yang utama, dengan banyaknya dimiliki oleh universiti dan kolej. Selain daripada memiliki banyak institusi yang terkemuka, pusat bandar juga merupakan tempat asal kepada Menara Carfax dan University Church of St Mary the Virgin, dengan kedua-duanya menawarkan pemandangan puncak-puncak menara bandar raya. Banyak pelancong membeli-belah di Covered Market yang bersejarah. Pada musim panas, berperahu jalur di Sungai Thames/Isis dan di daerah Cherwell merupakan kegiatan yang popular.

University of Oxford[sunting | sunting sumber]

University of Oxford ialah salah satu universiti yang terkenal di dunia, dengan banyak ahli akademik datang ke universiti ini dari seluruh pelosok dunia.

Pusat Bandar[sunting | sunting sumber]

Selain daripada merupakan pemandangan yang luar biasa kepada pelancong (3.5 juta orang setiap tahun), Pusat Bandaraya Oxford ialah lokasi yang sangat menarik untuk pembeli-belah, serta juga lokasi yang baik untuk bergaul. Bangunan-bangunan sejarahnya juga menyebabkan lokasi ini menjadi satu sasaran yang popular kepada pekerja filem dan televisyen.

Pusat bandar raya agak kecil dan berpusat di Carfax, Oxford, satu simpang jalan di mana terletaknya menara jam dan merupakan tempat pertemuan Cornmarket Street (kawasan jalan kaki), Queen Street (separa kawasan jalan kaki), St Aldate, dan The High. Cornmarket Street dan Queen Street menampung berbagai-bagai kedai rantaian serta sebilangan kecil peruncit bebas, dengan Boswells yang diasaskan pada 1738 merupakan salah satu kedai yang paling lama.[12] St Aldate memiliki hanya beberapa kedai tetapi menampung sebilangan bangunan kerajaan tempatan, termasuklah Dewan Perbandaran, balai polis bandar raya, dan pejabat majlis tempatan. The High (perkataan street bukanlah sebahagian nama jalan ini) memilik sebilangan kedai rantaian atasan yang bebas.

Terdapat juga dua pusat beli-belah yang kecil di pusat bandar raya, iaitu:

  • The Clarendon Centre; [13] dan
  • The Westgate Centre.[14]

The Westgate Centre dinamai sempena nama West Gate yang asal di dalam kawasan tembok bandar raya, dan terletak di hujung barat Queen Street. Ia agak kecil dan menampung sebilangan kedai rantaian dan sebuah pasar raya. Pusat Beli-belah Westgate kini sedang menjalani pembersihan yang besar-besaran tetapi berkontroversi.[15] Rancangannya melibatkan perluasan saiz pusat sebanyak tiga kali ganda menjadi 750,000 ka2 (70,000 m2). Ia merangkumi sebuah tempat letak kereta bawah tanah yang baharu untuk 1,335 buah kereta serta 90 buah kedai dan bar yang baharu, termasuk juga sebuah gedung serbaneka John Lewis seluas 230,000 ka2 (21,000 m2). Terdapat juga sebuah sistem pengangkutan baharu dan diperbaik serta satu pembersihan untuk seluruh pusat yang sedia ada dan untuk kawasan Dataran Bonn yang berhampiran. Rancangan pembangunan Oxford juga merangkumi sebilangan rumah yang baharu yang dijangka akan disiapkan pada 2011.

Buku Blackwell[sunting | sunting sumber]

Kedai buku Blackwells
Oxford University Museum of Natural History.
Hotel Malmaison di Kastil Oxford.

Buku Kedai Blackwell ialah satu tarikan pelancong yang amat sangat popular di Oxford. Bilik Norringtonnya yang dalam dan luas (10,000 kaki persegi) merupakan bilik tunggal jualan buku yang terbesar di seluruh Eropah.

Tarikan yang lain[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Semula Bandar[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan alternatif Oxford

Skim pembangunan semula Westgate hanya merupakan salah satu bahagian daripada skim yang lebih besar yang dicadangkan oleh majlis perbandaran. Skim ini merangkumi perekaan bentuk semula seluruh pusat Oxford untuk menjadikan bandar raya sebagai satu kawasan jalan kaki. Sungguhpun demikian, skim yang berjudul Transform Oxford (Mengubah Oxford) hanya merupakan sebuah rangka tindakan untuk perundingan awam pada peringkat ini, akan tetapi pegawai majlis kaunti yakin bahawa ia akan diluluskan.

Salah satu unsur yang utama ialah rancangan untuk menjadikan Queen Street sebagai sebuah kawasan jalan kaki, dengan perhentian bas dihapuskan pada musim panas yang berikut untuk membuka jalan kepada penghapusan kesemua bas daripada jalan raya itu kelak.

Skim pembentukan kawasan jalan kaki di George Street dan Magdalen Street dujangka akan dilaksanakan pada musim panas 2010, dengan penyingkiran semua lalu lintas Broad Street pada tahun yang sama.

Jurutera jalan raya merancang untuk membentuk semula semua persimpangan jalan Dataran Frideswide yang terletak berhampiran stesen kereta api pada 2011 dengan menggantikan lampu isyarat dengan bulatan untuk memperbaik aliran lalu lintas.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Bas[sunting | sunting sumber]

Sebuah bas Stagecoach Oxfordshire di belakang sebuah bas letak kereta dan naik pengangkutan awam Oxford Bus Company di Oxford.

Perkhidmatan bas dibekalkan terutamanya oleh Oxford Bus Company dan Stagecoach Oxfordshire. Kedua-dua syarikat itu juga mengendalikan perkhidmatan tetap ke London. Oxford Bus Company juga mengendalikan perkhidmatan ke lapangan terbang Heathrow dan lapangan terbang Gatwick. Operator yang lain termasuk Thames Travel, Arriva Shires & Essex, dan banyak syarikat lain yang lebih kecil.

Terdapat sebuah stesen bas di Gloucester Green yang digunakan terutamanya untuk perkhidmatan London dan perkhidmatan lapangan terbang, serta juga perkhidmatan bas National Express. Oxford memiliki lima (5) tapak letak kereta dan naik pengangkutan awam yang melayani pusat bandar raya, iaitu:

  • Pear Tree (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 300)
  • Redbridge (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 300)
  • Seacourt (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 400)
  • Thornhill (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 400)
  • Water Eaton (penghubung ke pusat bandar raya melalui bas 500)

Perkhidmatan bas juga disediakan ke John Radcliffe Hospital (dari Thornhill/Water Eaton) serta juga ke Hospital Churchill dan Hospital Nuffield (dari Thornhill).

Kereta api[sunting | sunting sumber]

Stesen kereta api Oxford
Perluasan M40

Stesen kereta api Oxford terletak setengah batu di sebelah barat pusat bandar raya. Stesen ini dilayani oleh banyak laluan, termasuk:

Stesen kereta api yang kini dibuka pada 1952. Oxford ialah persimpangan untuk satu landasan cabang yang pendek ke Bicester. Landasan cabang itu telah dipanjangkan untuk membentuk Penghubung Rel Timur-Barat ke Milton Keynes dan menawarkan laluan penumpang yang mengelakkan London.

Jalan raya[sunting | sunting sumber]

Jalan raya A[sunting | sunting sumber]

Bandar raya Oxford mempunyai jalan pekeliling yang terdiri daripada A34, A40, A4142, dan A423. Sebahagian besar jalan itu merupakan jalan kembar yang disiapkan pada 1966.

Jalan utama yang keluar dari Oxford termasuk:

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Bandar raya Oxford dilayani oleh lebuh raya M40 yang menghubungkan London dengan Birmingham. M40 yang asal dibuka pada 1974 untuk menghubungkan London dengan Waterstock dan di situ, lebuh raya A40 menghubungkan Oxford. Bagaimanapun, apabila M40 dipanjangkan ke Birmingham pada 1991, satu batu daripada lebuh raya yang lama dijadikan cabang jalan, dengan bahagian yang baharu berselekoh tajam ke arah utara. Lebuh raya M40 kini mengelilingi Oxford dan mengekalkan jejari sekitar 10 batu (16 km) dari pusat bandar raya, akibat hutan jarang yang perlu dielakkan oleh lebuh raya. Lebuh raya M40 bertemu dengan lebuh raya A34 pada persimpangan kemudian, dengan A34 kini menjadi dua bahagian, iaitu permulaan semula lebuh raya A34 di Birmingham.

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Lapangan terbang yang terbesar di Oxford ialah Lapangan Terbang London Oxford (EGTK) di luar Kidlington. Ia terutamanya melayani kapal terbang jet perniagaan dan lalu lintas penerbangan umum. Lapangan terbang ini menampung:

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua buah universiti di Oxford, iaitu University of Oxford dan Oxford Brookes University, serta juga Ruskin College.

Oxford mempunyai berbagai-bagai jenis sekolah yang menerima pelajar dari seluruh pelosok dunia. Tiga antaranya dimiliki oleh yayasan koir universiti yang diasaskan untuk mendidik penyanyi koir gereja dan masih mengekalkan tradisi pendidikan jantina tunggal. Keputusan peperiksaan sekolah-sekolah Oxford kendalian negara tidak memuaskan dan sentiasa berada dibawah keputusan peperiksaan purata negara dan purata wilayah. Sesungguhnya, keputusan di bandar raya kini semakin baik, dengan 44% daripada muridnya mendapatkan 5 gred A*-C pada 2006.[18]

Media[sunting | sunting sumber]

Selain daripada BBC, stesen radio negara, Oxford dan kawasan yang berhampiran memiliki banyak stesen tempatan, termasuk BBC Oxford, Heart, Oxford FM 107.9,[19] dan JACK fm 106.8 MHz, bersama-sama dengan Oxide: Oxford Student Radio [20] yang disiarkan oleh radio daratan FM 87.7 MHz pada akhir Mei 2005. Stesen televisyen tempatan, Six TV: The Oxford Channel, juga pernah disediakan tetapi telah tutup pada April 2009.[21] Bandaraya Oxford menampung bilik berita TV BBC yang menerbitkan pilih keluar siaran rancangan South Today yang utama dari Southampton.

Akhbar tempatan yang popular termasuk The Oxford Times (mingguan padat), serta akhbar-akhbar kembar The Oxford Mail (tabloid harian), The Oxford Star (tabloid percuma dan terkirim), dan Oxford Journal (tabloid mingguan percuma tak terkirim). Oxford juga menampung banyak agensi pengiklanan.

Daily Information (juga dikenali oleh orang tempatan sebagai Daily Info) ialah tabloid berita peristiwa dan pengiklanan yang diterbitkan sejak 1964 dan kini juga membekalkan laman sesawang yang berkait.

Baru-baru ini (2003), media bukan korporat akar umbi kerja bertukang sendiri (DIY) mula tersebar luas.[22] Akhbar bebas dan komunitinya termasuk Jericho Echo [23] dan Oxford Prospect.[24]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan dan filem[sunting | sunting sumber]

Penulis terkenal yang bertempat di Oxford termasuk:

Oxford muncul dalam karya-karya yang berikut:

Muzik[sunting | sunting sumber]

Bandaraya Oxford serta bandar dan desa yang berhampiran telah menghasilkan banyak pancaragam dan ahli muzik yang berjaya. Yang paling terkenal antaranya ialah Radiohead, dengan pancaragam tempatan terkenal yang lain termasuk Supergrass, Ride, Swervedriver, Talulah Gosh, dan lebih terkini, Young Knives, dan Foals. Bandaraya Oxford juga mempunyai dunia muzik bawah tanah yang bersemangat dan bertenaga, sebagaimana dilihat daripada persembahan oleh Youthmovies, The Rock of Travolta, Goldrush, Jonquil, dan Stornoway, antara lain, yang telah memperoleh sanjungan kritis pada skala yang kecil.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Oxford United kini tergolong dalam Conference National, tingkat teratas dalam bola sepak bukan liga, tetapi ia pernah menghayati kejayaan yang lebih unggul pada masa lampau. Pasukan itu dipilih ke dalam Liga Bola Sepak pada 1962, mencapai Divisyen Ketiga selepas tiga tahun dan Divisyen Kedua selepas enam tahun, dan khususnya, menyertai Divisyen Pertama pada 1985 - hanya 23 tahun selepas menyertai Liga Bola Sepak. Oxford United menghabiskan tiga musim dalam prestasi tinggi mengawan lalu memenangi Piala Liga Bola Sepak setahun selepas kenaikan pangkatnya. Sesungguhnya, 18 tahun yang menyusul memperlihatkan Oxford United beransur-ansur merosot (kecuali satu tempoh yang singkat pada 1996 yang melihatkan mereka naik pangkat ke Divisyen Pertama (pasca Liga Perdana) yang baharu lalu berkekalan selama tiga tahun) sehingga diturunkan pangkat kepada Conference National.

Oxford United bermain di Stadium Kassam (dinamai sempena bekas pengerusi, Firoz Kassam) yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan Blackbird Leys. Tapak itu telah menjadi pusat Oxford United sejak pemindahannya dari Manor Ground pada 2001. Bekas pengurusnya yang terkenal termasuk Arthur Turner, Ian Greaves, Jim Smith, Maurice Evans, Mark Lawrenson, Brian Horton, Denis Smith, Mark Wright, Ian Atkins, dan Ramon Diaz. Bekas pemain yang terkenal termasuk pula Ron Atkinson, John Aldridge, Ray Houghton, Trevor Hebberd, Nigel Jemson, Kevin Francis, Bobby Ford, Joey Beauchamp, Tommy Mooney, dan Darren Purse.

Oxford City F.C. ialah kelab bola sepak amatur yang berasingan daripada Oxford United. Pasukan itu bermain dalam Divisyen Perdana Liga Bola Sepak Selatan.

Oxford Cheetahs, pasukan lumba motosikal, telah berlumba di Stadium Cowley sekali-sekala sejak 1939. Pasukan itu bersaing dalam Liga Elit Lumba Motosikal dan kemudiannya menyertai Liga Persidangan Lumba Motosikal sehingga 2007 apabila Greyhound Racing Association, pemilik stadium, bertambah sekali ganda sewanya. Sejak waktu itu, lumba motosikal kini tidak lagi diadakan di Oxford. Perincian tentang musim 1949 dan musim 1950 di Cowley boleh dilihat di Oxford laman sesawang Speedway.

Oxford City Stars ialah pasukan hoki ais tempatan yang bermain di Gelanggang Ais Oxford. Terdapat laman sesawang masing-masing untuk pasukan bahagian tinggi/dewasa dan pasukan bahagian rendah/kanak-kanak.

Hubungan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Bandar kembar — Bandar raya kembar[sunting | sunting sumber]

Oxford dikembarkan dengan bandar raya dan bandar yang berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A Handy Guide to Oxford, ch. 2
  2. ^ Oxford City Council.
  3. ^ "24ph=60_61&CurrentPageId=61&step=2&datasetFamilyId=1809&instanceSelection=121810&Next.x=4&Next.y=4 ONS Population Estimates 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-28. Dicapai pada 2009-11-10.
  4. ^ "Radcliffe Meteorological Station". Dicapai pada 2008-03-17.
  5. ^ "Summary of Long Period of Obsevations". Dicapai pada 2008-03-17.
  6. ^ Headington: History of Headington, Oxford
  7. ^ Thisisoxfordshire: Morrells Brewery up for sale
  8. ^ Quaffale: Morrells Brewery Ltd
  9. ^ Pstalker: Jericho Echo
  10. ^ BBC News: Brewer buys pub chain for £67m
  11. ^ Thisisoxfordshire: Brewery site plan nears final hurdle
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-23. Dicapai pada 2009-11-10.
  13. ^ http://www.clarendoncentre.co.uk/
  14. ^ http://www.oxfordcity.co.uk/shops/westgate/
  15. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-04. Dicapai pada 2007-10-04.
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-26. Dicapai pada 2009-11-10.
  17. ^ http://www.hangar8.co.uk/
  18. ^ Source: DfES Pupil Annual School Level Census 2006 see Neighbourhood Renewal Unit floor target results http://www.fti.neighbourhood.gov.uk/document.asp?id=123 Diarkibkan 2009-01-16 di Wayback Machine.
  19. ^ Oxford's FM1079
  20. ^ Oxide Radio: Your Sound Education
  21. ^ Milestone Group[pautan mati kekal]
  22. ^ Laman rasmi Indymedia
  23. ^ "Laman rasmi Jericho Echo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-23. Dicapai pada 2021-09-01.
  24. ^ "Laman rasmi Oxford Prospect". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-09. Dicapai pada 2021-09-01.
  25. ^ Jérôme Steffenino, Marguerite Masson. "Ville de Grenoble - Coopérations et villes jumelles". Grenoble.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-14. Dicapai pada 2009-10-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]