Mahkota Wilhelm II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mahkota Wilhelm II (Jerman: Krone von Wilhelm II), juga dikenali sebagai Mahkota Hohenzollern (Hohenzollern Krone), ialah mahkota tahun 1888 yang dibuat untuk Wilhelm II, Maharaja Jerman, bagi peranannya sebagai Raja Prusia. Ia hanya digunakan untuk tujuan heraldik. Sebuah Mahkota Empayar Jerman tidak pernah dizahirkan.

Mahkota emas itu dihiasi dengan salib bertatah berlian yang terletak pada sebiji batu nilam yang besar. Ia terbentuk dari lapan bingkai yang melengkung dari pangkal hingga atas yang dihiasi dengan 142 berlian rose-cut dan 18 berlian lain. Lapan mutiara besar dilekapkan di antara bingkai lengkung itu.[1]

Apabila Wilhelm turun takhta pada tahun 1918 baginda dibenarkan untuk menyimpan semua perhiasan diraja, termasuk mahkota Hohenzollern. Untuk melindunginya dari kecurian dan kemusnahan semasa Perang Dunia II, ia telah disorok dalam tembok bilik kebal sebuah gereja. Selepas perang ia dikembalikan pada Wangsa Hohenzollern dan kini disimpan di kediaman Istana Hohenzollern.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Regaling about Regalia". European Royal History. 25 July 2012. Dicapai pada 2016-02-05.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Templat:Mahkota