Mail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mail
Watak Upin & Ipin, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal
Disuarakan oleh Mohd. Hasrul (musim 2-8)
Musyrif (musim 8-12)
Usayd Uqashah Kamsani (musim 12-kini)
Informasi
SpesiesManusia
JantinaLelaki
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Mail ialah sebuah watak dalam cereka animasi Upin & Ipin. Ia merupakan watak sahabat karib dan rakan sebaya kepada watak utama, Upin dan Ipin. Watak ini turut muncul dalam filem animasi, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal.

Ciri-ciri watak[sunting | sunting sumber]

Rupa[sunting | sunting sumber]

Bentuk kepala Mail membujur, dihiasi rambut undercut yang bercapah di tengah-tengah pada dahi. Dia selalu memakai kemeja T hijau berleher bulat, bertepi kuning dan berbintang jingga di tengah-tengah, serta seluar pendek biru.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Dikenali dengan laungan "dua seringgit" ketika berniaga, Mail boleh disifatkan dengan sifat keusahawanan yang utuh. Dia amat mementingkan ketepatan dalam menilai dan menentukan harga barang yang diperdagangkannya, baik ayam goreng mahupun buah-buahan.

Bagaimanapun, pembawaan Mail seakan-akan sedikit megah di depan penonton kerana berbangga sebagai 'bakal usahawan' yang pandai berniaga muda-muda lagi. Hubungannya dengan Mei Mei agak dingin.

Dia juga seorang yang selalu bersikap bersahaja dan tenang diantara rakan rakannya. Gayanya yang selalu memeluk tubuh sudah cukup sebagai bukti yang dia sukakan kehidupan yang santai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]