Maimun Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maimun Yusuf
Kelahiran
Maimun binti Yusuf

(1919-06-24)24 Jun 1919
Kuala Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia3 Julai 2022(2022-07-03) (umur 103)
Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu
Terkenal keranamenjadi calon bebas tertua dalam beberapa siri pilihan raya di Malaysia

Maimun Yusuf, dikenali sebagai Tok Mun (1919–2022, 103 tahun) ialah seorang wanita dari Terengganu yang pernah menjadi calon tertua dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dan ke-13. Beliau meninggal dunia pada 3 Julai 2022 pda usia 103 tahun di rumahnya di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu[1].

Penglibatan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada kemunculan sulungnya, beliau mengejutkan ramai kerana bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di parlimen Kuala Terengganu. Beliau kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Razali Ismail. Maimun ketika bertanding menggunakan lambang kunci, dan berbasikal ke sana sini. Beliau tewas dengan hanya memperoleh 685 undi dan hilang deposit.[2]

Pada 20 April 2013, calon bebas paling terkenal Malaysia ini mengesahkan sekali lagi bertanding kerusi sama apabila menyerahkan borang pencalonannya kepada SPR.[3] Pada umur 94 tahun, beliau kekal sebagai calon tertua.[4]. Pada 5 Mei 2013, sekali lagi beliau kalah bertanding pada PRU 13 ini dan hanya mampu memperoleh 182 undi, lantas menyebabkan beliau hilang duit deposit sebanyak RM10,000.[5]

Bagi PRU14 pula, beliau yang kini menghampiri 100 tahun tidak dapat bertanding akibat tidak mempunyai wang deposit yang diperlukan untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, tetapi beliau mengkhabarkan sudah menabung untuk pilihan raya umum ke-15.[6]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Maimun Yusuf
Tahun Kawasan Calon Parti Undi Calon Parti Undi Majoriti
2008 Kuala Terengganu Maimun binti Yusuf Bebas 685 Razali bin Ismail BN 32,562 628
Mohamad bin Sabu PAS 31,934
2013 Kuala Terengganu Maimun binti Yusuf Bebas 182 Raja Kamarul Bahrin Shah PAS 45,828 10,785
Mohd Zubir bin Embong BN 35,043

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaid Salim (Julai 3, 2022). "Tok Mun meninggal dunia". HMetro. Dicapai pada Julai 3, 2022.
  2. ^ "Tok Mun simpan hasrat tanding PRU13". Sinar Harian. 7 Disember 2012. Dicapai pada 13 April 2013.
  3. ^ "Malaysia GE13: Grandma Tok Mun runs again". The Straits Times. 20 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-20. Dicapai pada 20 April 2013.
  4. ^ "Tok Mun kembali bertanding di PRU13". Astro Awani. 4 April 2013. Dicapai pada 20 April 2013.
  5. ^ "128 calon Parlimen hilang wang deposit pada PRU13". Bernama Media. 06 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-09. Dicapai pada 06 Mei 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  6. ^ Salim, Zaid (28 April 2018). "Tok Mun saves up for GE15". New Straits Times. Dicapai pada 29 April 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)