Pergi ke kandungan

Mohamad Sabu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mohamad Sabu
محمد بن سابو
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Raja Johor Sultan Ibrahim (2024-kini)
Pahang Sultan Abdullah (2019-2024)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Chan Foong Hin (Disember 2022-Disember 2023) (Disember 2025-kini)
(Disember 2023-Disember 2023)
Didahului oleh Ronald Kiandee
Kawasan pilihan rayaKota Raja
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kota Raja, Selangor
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului oleh Siti Mariah Mahmud
Digantikan oleh73,998 (PRU-15)
71,142 (PRU-14)
Presiden
Parti Amanah Negara
Menyandang jawatan
16 September 2015
TimbalanSalahuddin Ayub (2015-2023)
Mujahid Yusof (2023-kini)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
21 Mei 2018 – 24 Februari 2020
Raja Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Timbalan Liew Chin Tong
Didahului oleh Hishamuddin Hussein
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob
Kawasan pilihan rayaKota Raja
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Kedah, Kedah
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Zakaria Mohd Said
Digantikan oleh Hashim Jahaya
Majoriti991 (1999)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kubang Kerian, Kelantan
Dalam jawatan
19951999
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Husam Musa
Majoriti10,125
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Nilam Puri, Kelantan
Dalam jawatan
19901995
Didahului oleh Mat bin Haji Ali
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti8,139 (1990)
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
Jun 2011 – Jun 2015
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehNasharudin Mat Isa
Digantikan olehTuan Ibrahim Tuan Man
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Dalam jawatan
2013–2015
Didahului olehMohd. Salleh Man
Digantikan olehMuhammad Fauzi Yusoff
Dalam jawatan
2007–2009
Didahului olehMohd. Salleh Man
Digantikan olehMohd. Salleh Man
Maklumat peribadi
Lahir (1954-10-14) 14 Oktober 1954 (umur 71)
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PAS (1981-2015)
AMANAH (2015-kini)
Gabungan politik
lain
Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1996)
Barisan Alternatif (1999-2004)
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Pakatan Harapan (2015-kini)
PasanganDatin Seri Normah Alwi
Anak1. Nurul Jannah binti Haji Mohamad Lahir 1980
2. Nurul Huda binti Haji Mohamad Lahir 1983
3. Ahmad Saiful Islam bin Haji Mohamad Lahir 1988
4. Ahmad Ali Hidayati bin Haji Mohamad Lahir 1991
Ibu bapa
  • Sabu (bapa)
  • Halijah Mat (ibu)
KediamanShah Alam, Selangor
PekerjaanAhli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
Kabinet Malaysia 2022
Laman webhttp://mohamadsabu.com

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugur, Pulau Pinang [1]merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu.[2] Beliau kini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-10 , YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan memengang portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia dan Ahli Parlimen Kota Raja. Pada peringkat parti yang diasaskannya iaitu Parti Amanah Negara, beliau memegang jawatan sebagai Presiden parti tersebut.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-7, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.

Semasa penyertaan beliau dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), jawatan terakhir yang disandang beliau ialah sebagai Timbalan Presiden PAS selama 2 penggal iaitu 2011-2013 dan 2013-2015 di bawah kepimpinan Presiden, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Almarhum Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pendidikan

Mat Sabu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai, [3]Pulau Pinang. Seterusnya semasa darjah enam beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri, Sungai Bakap, Nibong Tebal. Setelah itu Mohamad belajar pula di Sekolah Menengah Simpang Ampat, Bukit Mertajam. Setelah itu beliau menyambung pelajaran jurusan bidang Seni Kulinari di Institut Teknologi MARA (ITM, kini Universiti Teknologi MARA, UiTM).[4] Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menghabiskan jurusannya kerana dibuang dari ITM.[5]

Penglibatan politik

Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi menang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah, Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).

Beliau bersama rakan-rakan Gerakan Harapan Baru menubuhkan Parti Amanah Negara selepas mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Seterusnya Parti Amanah Negara membentuk Pakatan Harapan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebagai tahanan ISA

Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpin PAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.[6] Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dimainkan oleh MCA.

BERSIH

Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan BERSIH.

Pilihanraya umum Malaysia 2008

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu.

Kontroversi

Tuduhan khalwat

Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan isteri orang bernama Normah Abdul Halim di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu. Serbuan khalwat tersebut oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan yang disertai krew TV3. Bagaimanapun, Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti. Selain itu, isteri Mat Sabu juga bernama 'Normah'.[7] Kes 1994 ini muncul semula dalam Youtube pada 12 September 2011.[8]

Penghinaan para pahlawan negara

Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua tentera Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".[9] Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak-kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut,[10][11]di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.[12]

Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.[13]

Pada 10 September 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air.[14]

Pada 20 September 2011, rumahnya disimbah dengan minyak tanah dan dibakar di Seksyen 19, Shah Alam ketika itu didiami oleh anaknya. Isterinya Normah Alwi menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke Hospital Kangar, Perlis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam.[15]

Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011. Peguam Mohamed Hanipa Maiden menyatakan Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan. Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.[16]

Hubungan dengan Syiah

Keterangan Mat Sabu berkaitan isu Syiah telah mengaitkan beliau dengan sokongannya terhadap Iran dan proksinya seperti Hezbollah.[17] Beliau dinasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan Syiah kerana ia melibatkan akidah umat Islam di Malaysia.[18]

Anak Mat Sabu ditahan polis

Pada 5 Januari 2019, anaknya Ahmad Saiful Islam Mohamad telah ditahan bersama-sama 100 yang lain kerana positif dadah di Kuala Lumpur. Kes tersebut dibawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952. [19] Pada 27 Oktober 2021, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful Islam selepas membenarkan rayuannya.[20]

Keluarga

Pada 17 Februari 2011, ibu Mat Sabu, Halijah Mat, (91 tahun) meninggal dunia di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ibunya pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Padang Menora. Adik beradik Mohamad Sabu seramai tujuh orang iaitu beliau sendiri, Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Kasim dan Zaleha.[21]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[22][23][24]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1982 P035 Kepala Batas Mohamad Sabu (PAS) 4,115 16.82% Abdullah Ahmad Badawi (UMNO) 16,759 68.51% 25,277 12,644 80.29%
Khoo Siew Hoe (DAP) 3,589 14.67%
1986 P041 Permatang Pauh Mohamad Sabu (PAS) 7,500 29.44% Anwar Ibrahim (UMNO) 17,979 70.56% 26,098 10,479 74.82%
1990 P022 Nilam Puri Mohamad Sabu (PAS) 19,596 62.05% Annuar Musa (UMNO) 11,457 36.28% 32,381 8,139 80.42%
Kamarudin (Bebas) 526 1.67%
1995 P024 Kubang Kerian Mohamad Sabu (PAS) 21,377 65.52% Mat Zin Awang (UMNO) 11,252 34.48% 33,550 10,125 75.74%
1999 P010 Kuala Kedah Mohamad Sabu (PAS) 23,548 51.04% Fauzi Abdul Hamid (UMNO) 22,557 48.90% 46,781 991 76.55%
2004 Mohamad Sabu (PAS) 26,493 41.85% Hashim Jahaya (UMNO) 36,707 57.98% 64,332 10,214 81.65%
2008 P036 Kuala Terengganu Mohamad Sabu (PAS) 31,934 48.90% Razali Ismail (UMNO) 32,562 49.87% 66,231 628 82.45%
Maimun Yusuf (Bebas) 685 1.05%
2013 P011 Pendang Mohamad Sabu (PAS) 29,527 47.71% Othman Abdul (UMNO) 32,165 51.97% 62,649 2,638 89.33%
2018 P111 Kota Raja Mohamad Sabu (AMANAH) 90,697 70.79% Mohamed Diah Baharun (PAS) 19,555 15.26% 128,126 71,142 86.80%
Gunalan Velu (MIC) 17,874 13.50%
2022 Mohamad Sabu (AMANAH) 123,307 62.36% Mohamed Diah Baharun (PAS) 49,037 24.94% 199,878 74,000 80.81%
Kajendran Doraisamy (MIC) 22,225 11.24%
Fahmi Bazlan Muda (PEJUANG) 2,063 1.04%
Che Sara Afiqah Zainul Arif (PRM) 360 0.18%
Raveentharan Periasamy (Bebas) 209 0.11%
Kumar Karananedi (Bebas) 163 0.08%
Surendhar Selvaraju (Bebas) 109 0.05%
Dewan Undangan Negeri Kedah
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 N14 Alor Mengkudu Mohamad Sabu (PAS) 6,268 40.80% Fadzil Hanafi (UMNO) 9,095 59.20% 15,545 2,827 79.76%

Penghargaan

Penulisan

  • Mohamad Sabu (2021). Juang Mat Sabu. Batu Caves: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. ISBN 9789672634102.

Rujukan

  1. ^ Mohamad Ismail (2018). Siapa Itu Mohamad Sabu?. Kuala Lumpur: Dimensi Harapan Resources. m/s. page 6. |pages= has extra text (bantuan)
  2. ^ Mohamad Ismail (2018). Siapa Itu Mohamad Sabu?. Kuala Lumpur: Dimensi Harapan Resources. m/s. page 6. |pages= has extra text (bantuan)
  3. ^ Ismail, Mohamad (2018). Siapa itu Mohamad Sabu?. Kuala Lumpur: Dimernsi Harapan Resources. m/s. page 120. |pages= has extra text (bantuan)
  4. ^ Mat Sabu dari pentas ceramah ke menteri kabinet
  5. ^ "Mat Sabu: I never said I had a degree, my school expelled me". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 9 Februari 2019. Dicapai pada 20 November 2020.
  6. ^ 在扣留营跟吉祥父子变朋友!末沙布:我知火箭不种族主义(Zài kòuliú yíng gēn jíxiáng fùzǐ biàn péngyǒu! Mò shā bù: Wǒ zhī huǒjiàn bù zhǒngzú zhǔyì / In the detaining camp become friends with LIM Kit-siang and his son! Mohamad Sabu: I know that the Rockets are not racist), http://www.malaymail.com, 25 October 2017.
  7. ^ Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks
  8. ^ Mohd. Zahid cabar pimpinan Pas
  9. ^ Pisau.net. "Mat Sabu hina pejuang negara". Dicapai pada 2 September 2011.
  10. ^ "Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung". Utusan Malaysia. 2011-08-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-03. Dicapai pada 2 September 2011.
  11. ^ Heroes’ graves in disgrace Families upset repairs have been slow in coming to Bukit Kepong cemetery MARHALIM ABAS Wednesday, September 7th, 2011 12:57:00 [pautan mati kekal]
  12. ^ "Mat Sabu's remarks an insult, says Tan Sri Muhyiddin (Inggeris)". The Star. 2011-08-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-19. Dicapai pada 2 September 2011.
  13. ^ "Isu sebenar ceramah Md Sabu (Melayu)". harakahdaily.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-11. Dicapai pada 2 September 2011.
  14. ^ Sarjan Hassan pula dipersoal, Oleh AZELI ALI
  15. ^ Rumah Mat Sabu dikhianat Kosmo
  16. ^ Mat Sabu mengaku tak bersalah
  17. ^ Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS
  18. ^ "Tak perlu pertahan Syiah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-13. Dicapai pada 2012-09-19.
  19. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/01/06/mat-sabu-confirms-son-arrested-in-antivice-raid/ Mohamad Sabu sahkan anaknya telah ditahan polis. Dicapai pada 6 Januari 2019
  20. ^ Abas, Norlizah (26 Ogos 2022). "Anak Mat Sabu kekal dibebas daripada sabitan dadah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 eptember 2024. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  21. ^ "Ibu Mohamad Sabu meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2012-02-05.
  22. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017.
  23. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  24. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018.
  25. ^ Senarai penerima darjah kebesaran

Pautan luar