Majlis Daerah Selama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Majlis Daerah Selama merupakan badan pentadbiran yang mentadbir daerah Selama, iaitu daerah gabungan Larut, Matang dan Selama di negeri Perak.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local Authorities Election Ordinance. Kemudian, nama Lembaga Bandaran telah bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan. Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance. Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember , 1979 dengan pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari kawasan-kawasan [1]:

  • Selama
  • Sungai Terap
  • Sungai Bayor
  • Bagan Baru
  • Redang Panjang
  • Kampung Masjid
  • Rantau Panjang
  • Kubu Gajah

Hasil dari pengisytiharaan, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan Majlis Daerah Selama sebagai Majlis Daerah pada 24 April, 1980 melalu Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14, yakni Majlis Daerah ini mentadbir kawasan seluas 764.73 kilometer persegi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]