Makhamah Perlembagaan Slovenia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bangunan mahkamah di Ljubljana.

Mahkamah Perlembagaan Slovenia (Bahasa Slovene: Ustavno sodišče Republike Slovenije, US RS) ialah sebuah mahkamah khas yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Perlembagaan Slovenia. Sejak penubuhan, mahkamah ini berada di ibu kota Ljubljana. Mahkamah Perlembagaan ditubuhkan seawal 1963, tetapi kepentingannya tidak berkembang sehingga Slovenia mencapai kemerdekaan pada 1991.[1] Mahkamah ini terdiri daripada sembilan orang hakim yang dipilih oleh Perhimpunan Kebangsaan atas cadangan Presiden Republik selama sembilan tahun tanpa kebolehan menyambung jawatan. Kemudian, para hakim memilih Presiden antara mereka. Mahkamah memutuskan dalam tiga bahagian dengan tiga orang hakim setiap satu - sivil, jenayah dan pentadbiran.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vacík, Milan; Šimíček, Vojtěch (1999). Ústavní soud Republiky Slovinské. Brno: Masaryk University. m/s. 91-92. ISBN 80-210-2219-1.
  2. ^ "Položaj". Ustavno sodišče RS (dalam bahasa Slovenia). 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-29. Dicapai pada 2009-12-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]