MalMedTim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

MalMedTim atau Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan pegawai perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) ATM yang ditubuhkan dengan misi memberi bantuan perubatan dan kesihatan ke seluruh dunia.

PBB dan negara rakan yang menghadapi bencana alam biasanya meminta bantuan Malaysia. Bantuan kewangan, pakaian, khemah dan makanan sahaja tidaklah mencukupi bagi membantu mangsa bencana alam dan pelarian perang. Pasukan NGO memang ada menghantar pasukan mereka tapi menghadapi masalah tenaga manusia, kepakaran dan kewangan.

Lantaran itu MalMedTim ditubuhkan bagi menangani masalah tersebut. Nama Malaysia juga berkibar megah di negara berkenaan.

Misi ke Afghanistan[sunting | sunting sumber]

MalMedTim dihantar ke negara Afghanistan pada 2002. Mereka berkhidmat di Chaman sempadan Pakistan-Afghanistan merupakan pasukan paling berjaya di kalangan pasukan negara asing.

MalMedTim merupakan pusat rawatan yang terbaik di khemah pelarian Afghanistan dan menjadi tumpuan pasukan misi bantuan asing yang lain.

Pasukan MalMedTim seramai 25 pegawai dan anggota termasuk empat doktor berlepas ke Chaman, Pakistan pada Februari 2002.

Di Chaman, terdapat 25 ribu hingga 30 ribu pelarian dan mereka dibahagikan kepada tiga khemah. Keadaan pelarian terutama wanita dan kanak-kanak amat menyedihkan.

Ketua Pasukan MalMedTim Leftenan Kolonel Doktor Jaseemuddin Abdul Rahman, ramai di kalangan pelarian ini mengalami penyakit berjangkit seperti batuk kering dan cirit birit berdarah.

Hospital Medan ATM menyediakan kemudahan bilik bedah, makmal x-ray serta sebuah wad yang boleh menampung 10 pesakit. Pembedahan yang kritikan jutga dijalankan. Hospital ini mempunyai pegawai perubatan wanita khusus untuk pesakit wanita.