Pergi ke kandungan

Malaysia4Palestine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysia 4 Palestine (digayakan Malaysia4Palestine) merupakan sebuah saluran Pop-Up yang dikendalikan pertama kali diantara Astro Malaysia Holdings Berhad dan Radio Televisyen Malaysia. Saluran ini bersiarkan untuk memberi kesedaran langsung kepada rakyat Malaysia mengenali situasi terkini dan krisis kemanusiaan yang melanda di bumi Palestin yang melanda akibat perang dengan negara haram, Israel yang telah berlaku di Gaza hingga ke Rafah sekitar bulan Oktober 2023 hingga sekarang. Sebagai tambahan, saluran ini memberi peluang kepada penonton untuk memberi sumbangan ke tabung rasmi Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dengan mengimbas kod QR yang akan disediakan pada skrin. Inisiatif ini mendapat sokongan lebih 100 personaliti tempatan dari dunia filem, TV, berita, muzik, media digital dan bantuan kemanusiaan. Antaranya ialah Alif Satar, Mimi Lana, Hael Husaini, Siti Nurhaliza dan ramai lagi bagi bersolariti yang akan dipaparkan melalui saluran ini selama 24 jam dari 25 hingga 26 Mei, pada 12 tengah hari tanpa henti yang menyaksikan doa-doa, persembahan, rancangan khas, dokumentari dan banyak lagi yang berkaitan dengan isu Palestin dan Israel khas untuk pelanggan Astro dan NJOI serta rakyat Malaysia (melalui RTMKlik dan Sooka). Dan juga saluran ini tidak mempunyai satu pun iklan tidak seperti yang berada di saluran Astro yang lain. Saluran ini hanya tersedia di Astro dan NJOI (hanya mempunyai Pakej HD sahaja) secara percuma di saluran 111 (HD) dan boleh distrim secara percuma di Astro GO dan RTMKlik.

Malaysia4Palestine
JenisKemanusiaan
NegaraMalaysia Malaysia
Rangkaian
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
BahasaMelayu (Malaysia)
Pemilikan
Pemilik
Induk
Saluran kembarHEROES
10 Mei 2024 - 9 Jun 2024
Sejarah
Dilancarkan25 Mei 2024; 24 hari yang lalu (2024-05-25)
Ditutup26 Mei 2024; 23 hari yang lalu (2024-05-26)

Rancangan utama[sunting | sunting sumber]

  • Malaysia4Palestine Special Part (Sehingga Bahagian 10, 1 Jam sebelum siaran tamat)*.
  • Rancangan Khas MeleTOP*.
  • Muzik Video Assalamualaikum versi ke-2.
  • Motif Tranding Khas*.
  • Agenda Awani Khas*.
  • Omar dan Hana (3 Masjid Istimewa).
  • Konsert khas dari pelbagai rancangan di Astro (Akan ditayangkan setiap sekali)*.


'*:Hak Cipta terhadap Astro tidak akan terjejas di RTMKlik.'

Lihat lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]