Pergi ke kandungan

Angkasapuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkasapuri Kota Media
(Wisma RTM)
Bangunan Angkasapuri ketara berada di atas Bukit Putra, berdekatan dengan Kerinchi di Lebuhraya Persekutuan (Jalan Persekutuan 2).
Map
Nama alternatifWisma RTM
Maklumat umum
JenisKompleks kemudahan penyiaran, studio, teknologi maklumat, pejabat
Gaya seni binaSenibina moden
LokasiBangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
AlamatJabatan Penyiaran Malaysia, Angkasapuri, 50614, Kuala Lumpur
NegaraMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
Koordinat3°6′40″N 101°40′13.9″E Sunting ini di Wikidata
Pembinaan bermula1966 (bangunan utama dan studio)
Disiapkan pada1968 (Angkasapuri Lama)
2022 (Angkasapuri Kota Media)
Dibuka pada17 Februari 1968; 56 tahun yang lalu (1968-02-17) (Angkasapuri Lama)
26 Oktober 2022; 20 bulan yang lalu (2022-10-26) (Angkasapuri Kota Media)
Dirasmikan pada17 Februari 1968; 56 tahun yang lalu (1968-02-17) (Angkasapuri Lama)
26 Oktober 2022; 20 bulan yang lalu (2022-10-26) (Angkasapuri Kota Media)
Pemilik
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Angkasapuri Kota Media (juga dikenali sebagai Wisma RTM) ialah sebuah kompleks penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) ataupun Jabatan Penyiaran Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia.[1]

Pembinaan bermula pada tahun 1966 dan siap pada tahun 1968. Pada 17 Februari 1968, bangunan Pusat Penyiaran Malaysia yang diberi nama "Angkasapuri" telah dibuka dan dilancarkan rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.[2] Permulaan siaran di Angkasapuri bermula pada 6 Oktober pada tahun berikutnya, 1969 manakala studio-studio di Jalan Ampang akan menyiarkan siaran akhirnya dengan lagu "Negaraku", lagu kebangsaan Malaysia pada hari yang sama.[3]

Sebelum Angkasapuri dibuka, Pusat Penyiaran negara ini sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejarah perkembangannya bermula apabila Persatuan Wayarles Tanah Melayu di Kuala Lumpur memulakan siarannya di Bukit Petaling pada tahun 1930. Dari sini ia mula berpindah ke Bangunan Guthric dan kemudian ke Bangunan Oriental di Jalan Tun Perak. Selepas itu ia berpindah lagi ke Hospital Tang Lin dan akhirnya ke Rumah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur selama kira-kira 15 tahun sebelum berpindah ke Angkasapuri.[4] Sementara studio sementara Televisyen Malaysia yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Ampang berhampiran dengan Dewan Tunku Abdul Rahman (kini Pusat Pelancongan Malaysia) telah memulakan siarannya pada 28 Disember 1963. Bangunan studio-studio lama telah diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri Malaysia.[3]

Bagaimanapun, Jabatan Televisyen yang ditempatkan sementara di Jalan Ampang (sejak 31 Disember 1963) hanya dipindahkan ke Angkasapuri lebih kurang 2 tahun kemudian iaitu pada 6hb November 1969. Peringkat kedua bagi projek Pusat Penyiaran ini hanya selesai dilaksanakan dalam tahun 1972 apabila Bangunan Radio (Wisma Radio) siap pembinaannya dan memulakan siarannya pada 9hb Mei 1972 tepat pada jam 12:00 tengah malam.

Pada 29 Ogos 1988, Bangunan Angkasapuri dan bendera Malaysia (kini Jalur Gemilang) telah mencipta sejarah apabila sebuah bendera gergasi berukuran 85.3 meter panjang dan 24.3 meter (60 gulung kain) telah dinaikkan oleh 500 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Bendera gergasi tersebut dinaikkan selama 10 minit bermula jam 9.00 pagi dan ia disaksikan oleh 5000 orang kakitangan Kementerian Penerangan. Proses membuat bendera gergasi ini memakan masa dua minggu.

Pada 6 Jun 2012, Menyaksikan penambahan Wisma Berita RTM yang mengandungi ruang berita RTM ke kompleks Angkasapuri majlis pembukaan dan pelancaran utama rasmikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Pada 26 Oktober 2022, Angkasapuri atau Angkasapuri Kota Media majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula umum secara rasmi sebagai kompleks penyiaran Radio Televisyen Malaysia baharu dan majlis pelancaran Angkasapuri atau Angkasapuri Kota Media telah rasmi majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Malaysia kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah rasmi menanda melancarkan bangunan baharu secara rasmi yang dikenali sebagai Angkasapuri Kota Media ditandai dengan penandatanganan inskripsi batu sebagai tanda penyiaran Angkasapuri Kota Media oleh Perdana Menteri Malaysia semasa keseluruhan pertunjukan bunga api yang menakjubkan.[5][6] Bangunan tersebut mampu memberikan penyiaran yang lebih canggih mengikut peredaran zaman dan kemudahan yang sangat baik.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Kompleks Angkasapuri terletak di Bukit Putra di bawah jajahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bangunan ini yang tingginya 10 tingkat didirikan di atas kawasan yang luasnya kira-kira 33 ekar dan menghadap ke Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Petaling Jaya. Tujuh tingkat daripadanya dikhaskan bagi kegunaan pejabat. Setiap tingkat mempunyai keluasan 11,000 kaki persegi.

Di bangunan utama Angkasapuri, kerja-kerja pentadbiran dan perancangan untuk penerbitan dan penyiaran dilakukan. Di sebelah selatan bangunan ini terdapat sebuah bangunan dua tingkat yang digunakan untuk kerja-kerja penerbitan dan penyiaran. Di bangunan ini terdapat beberapa buah studio rakaman dan bilik penyiaran; di sinilah rancangan-rancangan televisyen diterbitkan dan disiarkan. Kedua-dua blok bangunan tujuh tingkat (Bangunan Pentadbiran) dan dua tingkat (Bahagian Penerbitan dan Penyiaran) ini dihubungkan oleh sebuah anjung dan sebuah balai sambutan untuk menjadi sebuah kompleks penyiaran yang terbesar di Asia Tenggara.

Kompleks Angkasapuri Kota Media ini menempatkan Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia adalah merupakan peringkat pertama Projek Pusat Penyiaran Malaysia.

Ia mempunyai bahagian-bahagian seperti berikut:

  • Bangunan Angkasapuri Kota Media - Pentadbiran (Kementerian Komunikasi Malaysia)
  • Wisma TV - saluran TV1, TV2, TV6 dan Sukan RTM, program televisyen RTM diterbitkan dari sini.
  • Wisma Berita - saluran Berita RTM, Bilik Berita TV dan studio berita termasuk Berita Radio.
  • Wisma Radio - Stesen radio nasional RTM Ai FM, Asyik FM, Radio Klasik, Nasional FM, Minnal FM dan stesen radio bandaraya Kuala Lumpur iaitu KL FM.
  • Auditorium Perdana - tempat untuk siaran langsung utama yang disiarkan di sini. Juga dikenali sebagai Audiotorium Besar dan Audiotorium RTM.
  • Auditorium P. Ramlee - Mengambil nama sempena seniman negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
  • Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) - dibuka pada 24 Ogos 1998 untuk siaran antarabangsa Sukan Komanwel 1998 dan kemudian menjadi tempat tambahan jabatan penyiaran seperti saluran OKEY berpusat di sini.[7][8]
  • Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) - Stesen radio negeri Selangor, Selangor FM dan ibu pejabat Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU), yang RTM merupakan salah satu ahlinya, terletak di sini.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Stesen komuter Angkasapuri

Kompleks Angkasapuri merupakan kawasan larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Untuk masuk ke Kompleks Angkasapuri, pelawat dikehendaki melaporkan di balai polis bantuan di pintu masuk dengan menyerahkan kad pengenalan untuk mendapatkan kad akses ke dalam mana-mana bangunan di dalam kawasan kompleks angkasapuri. Pelawat dikehendaki mengimbas kad akses di setiap pintu utama untuk masuk.

  1. ^ "RTM to reinvent itself through strategy initiatives". My Nation News. 10 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-01. Dicapai pada 1 April 2016.
  2. ^ "Tengku Buka Angkasapuri 17 February" [Tengku Abdul Rahman Merasmikan Angkasapuri pada 17 Februari]. Berita Harian. 20 January 1968. Dicapai pada 10 Disember 2020 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  3. ^ a b "Siaran Talivisyen dari Angkasapuri Mulai Isnin" [Siaran Televisyen dari Angkasapuri Mulai Isnin]. Berita Harian. 5 Oktober 1969. Dicapai pada 10 Disember 2020 – melalui Lembaga Perpustakaan Negara Singapura.
  4. ^ Budiey (5 April 2019). "Kini NASIONALfm Berwajah Serba Baru!". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  5. ^ Rohaniza Idris (26 Oktober 2022). "PM rasmi kompleks Media City, dikenali Angkasapuri Kota Media". Berita Harian.
  6. ^ "Infografik Angkasapuri Media City". Bernama.
  7. ^ Pusat siaran siap 30 Ogos
  8. ^ Liputan KL '98 secara meluas

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]