Pergi ke kandungan

Mania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mania
Nama lain
Sindrom manik, episod manik, fasa manik
Gambaran mania dan hipomania
PengkhususanPsikiatri
GejalaLebih banyak bercakap, pertuturan pantas, mudah terganggu, hiperaktif, mengurangkan keperluan untuk tidur[1]
KerumitanMembelanjakan wang yang berlebihan, memulakan perniagaan tidak bersedia, melancong, pergaulan bebas[1]
Permulaan biasa
25 tahun[1]
Tempoh> 1 minggu[1]
Hipomania, penyalahgunaan bahan, skizofrenia, kebimbangan, gangguan obsesif-kompulsif[1]
RawatanAntipsikotik, lithium[1]
PrognosisSecara umumnya baik[1]
Kekerapan4% pada satu ketika[1]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Mania adalah keadaan perubahan mood dan tenaga secara tidak normal. [2] Gejala yang kerap dilihat ialah peningkatan kecepatan tutur kata, mudah terganggu, hiperaktif dan penurunan keperluan untuk tidur. [1] Apabila ia berlaku, seseorang pesakit akan mengalami gangguan terhadap tahap mereka berfungsi. [1] Situasi yang sering terjadi ialah berbelanja wang secara berlebihan, memulakn perniagaan secara tiba-tiba, melancong atau pergaulan bebas. [1]

Satu episod kejadian mania sudah cukup untuk didiagnosis dengan gangguan bipolar I.[1] Faktor yang merangsang terjadinya mania adalah tidak jelas, tetapi ia dipercayaai berpunca daripada gabungan faktor genetik, sosial dan psikologi. Diagnosis memerlukan simptom untuk wujud sekurangnya seminggu atau hingga ke tahap dimasukkan ke hospital.[2] Hipomania adalah kurang berbahaya dan selalunya berlaku dalam tempoh yang singkat.

Rawatan untuk mania melibatkan antipsikotik seperti haloperidol dan litium . [1] Umumnya, ia adalah rawatan yang dilihat berhasil. [1] Mania menjejaskan sehingga 4% individu pada satu-satu masa. [1] Kadar kekerapan adalah sama untuk lelaki dan wanita. [1] Umur biasa permulaan ialah 25. [1] Mania pertama kali digambarkan dengan jelas oleh Hippocrates sekitar 400 SM. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q Dailey, MW; Saadabadi, A (January 2020). "Mania". PMID 29630220. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ a b Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. Fifth). American Psychiatric Association. 2013. m/s. 124. doi:10.1176/appi.books.9780890425596.156852. ISBN 978-0-89042-555-8. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  3. ^ Jr, Carlos A. Zarate; Manji, Husseini K. (2009). Bipolar Depression: Molecular Neurobiology, Clinical Diagnosis and Pharmacotherapy (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 4. ISBN 978-3-7643-8567-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-29. Dicapai pada 2021-02-19.