Manik mikro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Manik mikro merupakan partikel plastik pejal yang berukuran paling besarnya kurang daripada satu milimeter.[1] Plastik yang paling kerap digunakan dalam pembuatan maink ini ialah polietilena tetapi plastik petrokimia plastik lain seperti polipropilena dan polistirena juga boleh digunakan. Manik-manik ini digunakan dalam produk penjagaan diri, ubat gigi dan penyelidikan bioperubatan dan sains kesihatan.[2]

Kesan terhadap alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Manik-manik ini cenderung terbuang ke dalam longkang tanpa melalui sebarang tapisan atau rawatan sehingga disalurkan ke sungai-sungai dan terusan[3] sambil boleh menyerap dan memekatkan bahan pencemar seperti racun serangga dan hidrokarbon polisiklik lalu mencemarkan jasad air yang menjadi tempat takungan manik sebegini.[4][5] Manik-manik kecil ini sering disalah sangka sebagai makanan kepada pelbagai jenis hidupan lain dari sekecil ikan-ikan kecil, amfibia dan penyu sehingga ke unggas dan mamalia besar. Pemakanan platik yang tidak disengajakan ini mendedahkan ketoksikan kepada haiwan-haiwan sepanjang rantai makanan kepada bahan kimia berbahaya yang terkumpul di permukaan air seperti bifenil berpoliklorin (PCB), DDT dan hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH).[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arthur et al. (eds.). 2009. Proceedings of the International Research Workshop on the Occurrence, Effects, and Fate of Microplastic Marine Debris. National Oceanic and Atmospheric Administration Technical Memorandum. NOS-OR&R-30
  2. ^ "Microbeads, Meal kits, You and Yours - BBC Radio 4". BBC.
  3. ^ Fendall, L.S.; Sewell, M.A. (2009). "Contributing to marine pollution by washing your face: microplastics in facial cleansers". Marine Pollution Bulletin. 58 (8): 1225–1228. doi:10.1016/j.marpolbul.2009.04.025.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan smith tidak disediakan
  5. ^ Johnston, Christopher (25 Jun 2013). "Personal Grooming Products May Be Harming Great Lakes Marine Life". Dicapai pada 1 Februari 2016.
  6. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-12-21. Dicapai pada 1 Disember 2016.