Polipropilena

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Polipropilena
Polipropilena
Nama kimia poli(1-metiletilena)
Sama erti Polipropilena; Polipropena
Polipropene 25 [USAN]; Polimer Propena;
Polimer Propilena; Homopolimer 1-Propena
Formula kimia (C3H6)x
Monomer Propilena (Propena)
Nombor CAS 9003-07-0 (ataktik)
25085-53-4 (isotaktik)
26063-22-9 (sindiotaktik)
Ketumpatan Amorf: 0.85 g/cm3

Hablur: 0.95 g/cm3

Takat lebur ~ 165 °C
Suhu transisi Kaca -10 °C
Titik Degradasi 286 °C (559 K)
Disclaimer and references
Tutup polipropilena suatu kotak Tic Tac, dengan satu engsel dan Kod identiti resin di bawah sayapnya

Polipropilena or polipropena (PP) adalah merupakan satu polimer termoplastik , yang dibuat oleh industri kimia dan digunakan secara meluas dalam pelbagai aplikasi, termasuklah pembungkusan makanan, tekstil, bahagian-bahagian plastik dan pelbagai jenis bekas barang yang boleh digunapakai kembali, baju dan seluar terma yang dibuat untuk ketenteraan, peralatan makmal, pembesar suara, komponen-komponen automotif , dan polimer nota bank. Satu polimer penambahan yang dibuat daripada monomer propilena, ia tahan lasak dan luar biasa berketahanan tinggi kepada banyak pelarut-pelarut kimia, bes-bes dan asid. Kod identiti resin nya adalah nombor 5 dikelilingi oleh simbol kitar semula, dengan huruf-huruf "P P" dibawahnya.