Martin Cooper (pereka)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Martin Cooper telah dijemput untuk menyertai Forum COMPUTEX Taipei 2007 e21.

Martin Cooper (lahir pada 1928 di Chicago, Illinois) diiktiraf sebagai bapa telefon bimbit (berbeza dari telefn kereta).[1] Cooper merupakan CEO dan pengasas ArrayComm, syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelidik teknologi antena pintar dan memperbaik rangkaian tanpa wayar. Cooper juga merupakan Pengarah Korporat Penyelidikan dan Pembangunan Motorola. Martin Cooper menerima ijazah sarjana muda (Bachelor) dalam Kejuruteraan Elektrik pada 1950 dan ijazah sarjana (Master) pada 1957 dari Institut Teknologi Illinois.

Pada 1995, Cooper menerima Anugerah Wharton Infosys Business Transformation atas sumbangan beliau dalam bidang rekacipta dan kommunikasi. Cooper juga merupakan seorang ahli Mensa.[2]

Martin Cooper juga tersenarai dalam 10 Majikan Terbaik oleh majalah Red Herring.

Panggilan telefon bimbit pertama dunia[sunting | sunting sumber]

Paten "Radio telephone system" (sistem radio telefon) difailkan atas name Cooper pada 17 Oktober 1973.[3]

Beliau diiktiraf sebagai pereka telefon bimbit pertama dan juga orang pertama yang membuat panggilan telefon bimbit yang mengagumkan orang awam di New York pada 3 April 1973. Panggilan tersebut ditujukan kepada pesaing beliau, ketua penyelidikan, Dr. Joel S. Engel, Bell Labs, sekaligus membuka mata pelbagai pihak dan menyebabkan peralihan pasaran fundamental teknologi dan komunikasi. Ini adalah kerana visi beliau untuk mewujudkan komunikasi peribadi tanpa wayar, berbeza dengan telefon selular kereta pada masa itu. Cooper kemudiannya mendedahkan bahawa beliau telah memperoleh inspirasi untuk melakukan penyelidikan telefon bimbit itu menerusi watak Captain Kirk yang menggunakan alat komunikasi yang dipanggil "communicator" dalam rancangan televisyen terkenal Star Trek. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BBC Interview with Cooper
  2. "They're Accomplished, They're Famous, and They're MENSANS". Mensa Bulletin (American Mensa) (476): m/s. 25. Julai 2004. ISSN 0025-9543. 
  3. Cooper, et al., "Radio Telephone System", US Patent number 3,906,166; Filing date: Oct 17, 1973; Issue date: September 1975; Assignee Motorola
  4. Laytner, Lance. Edit International Star Trek Tech (2007)