Masjid Al-Malik Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masjid Al Malik Khalid)
Jump to navigation Jump to search
Masjid Al-Malik Khalid
[[Fail:
Masjid Al-Malik Khalid.jpg

Gambar oleh: Jabatan Agama Islam, Pulau Pinang|260px]]
Maklumat am
Cabang/mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah
Maklumat pentadbiran
Imam

Hj Mohd Zamrus bin Mohd Ali (Imam Besar)
Zayd bin Zhari (Timb. Imam Besar)
Nazrul bin Hassan

Imam4 = Iswandi bin Abdul Mokmin
Bilal Razin Rosely
No Daftar MY-07-TL-00007
Maklumat geografi
Negara  Malaysia
Negeri Pulau Pinang
Daerah Daerah Timur Laut
Lokasi Masjid Al-Malik Khalid,
11800 Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Koordinat 5°21′14″N 100°18′06″E / 5.353772°N 100.301756°E / 5.353772; 100.301756Koordinat: 5°21′14″N 100°18′06″E / 5.353772°N 100.301756°E / 5.353772; 100.301756
Maklumat pembinaan
Bil. kubah 1
Bil. tingkat 1 setengah
Bil. menara 1
Kapasiti jemaah 2,500 ribu
Bahan binaan Konkrit
Laman sesawang
Masjid Al-Malik Khalid.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Malik Khalid merupakan sebuah masjid di dalam kampus Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Masjid Al-Malik Khalid ini pada mulanya merupakan sebuat Pusat Islam yang dikenali dengan nama Balai Islam dan dikelola di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Rancangan untuk membina Pusat Islam di Kampus Induk Pulau Pinang mula dibincangkan pada akhir 1972 berlanjutan sehingga 1973. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM telah memainkan peranan penting dalam menyediakan memorandum bagi penubuhan Balai Islam di kampus Universiti Sains Malaysia yang telah dikemukakan kepada Y.Bhg. Naib Canselor pertama, Tan Sri Hamzah Sendut. Y.Bhg. Tan Sri Hamdan bin Shaik Tahir, Naib Canselor ke-2, telah memberikan tumpuan yang serius terhadap projek ini dan beliau telah berusaha mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat dan kerajaan Arab Saudi. Sebagai hasilnya, pada tahun 1977 pihak kerajaan telah memberikan perhatian serius di bawah Rancangan Malaysia ke-2. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 3 juta.

Raja al-Malik Khalid yang merupakan pemerintah kerajaan Arab Saudi ke-3 masa itu, turut menyumbangkan sebahagian besar kos pembiayaan masjid ini. Bagi membalas jasa budi baginda, masjid ini telah dinamakan Masjid al-Malik Khalid. Kompleks Balai Islam dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddn Al Mu'adzam Shah pada 2 September 1983 dan dinaikkan taraf sebagai Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]