Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau
مسجد حجة رحيمة بي كبن لمو
Maklumat geografi
Negara Singapura
LokasiBalestier
Koordinat1°19′35″N 103°51′17″E / 1.326299°N 103.854728°E / 1.326299; 103.854728Koordinat: 1°19′35″N 103°51′17″E / 1.326299°N 103.854728°E / 1.326299; 103.854728
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah1250
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau ialah sebuah masjid di Singapura. Masjid yang terletak di Kim Keat Road di kawasan Balestier ini sudah wujud sejak tahun 1960an.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Disember 1959, penduduk-penduduk Islam di kawasan Kebun Limau berkumpul untuk berbincang tentang keperluan membina sebuah surau di kawasan itu. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menggerakkan projek ini. Dengan persetujuan pemerintah, jawatankuasa ini berjaya memperoleh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) untuk tanah seluas 573 meter persegi.

Sebuah Jawatankuasa Pengurusan, yang dilantik pada 19 November 1961, memutuskan untuk mendapatkan derma sebanyak $20 daripada setiap keluarga Islam yang tinggal di kawasan itu. Pembinaan dimulakan pada pertengahan 1964 dan bangunan surau setinggi dua tingkat dibina. Surau itu dinamakan Surau Kebun Limau sempena nama kawasan itu. Terdapat gagasan untuk mengubah surau itu kepada sebuah masjid pada tahun 1973 bagi memenuhi kehendak masyarakat Islam yang semakin bertambah. Jawatankuasa surau berminat untuk membeli tanah di mana surau itu berdiri selepas tarikh lesen TOL luput.

Jawatankuasa itu mempunyai sasaran untuk mengutip derma sebanyak $600,000 sepanjang dua setengah tahun. Pada Jun 1979, pemerintah menawarkan untuk menjual tanah sebesar 1376 meter persegi kepada mereka. Jawatankuasa itu meminta penambahan tanah sebesar 474 meter persegi.

Pada tahun 1981, selepas beberapa kempen mengutip derma, jawatankuasa itu menerima derma sebanyak $100,000 daripada sebuah pertubuhan dari Mekah. Pada bulan September, seorang dermawan bernama Hajjah Rahimabi Ahmad Angullia telah menderma wang sebanyak $1.6 juta kepada masjid untuk mengenang anak perempuannya. Hajjah Rahimabi berasal daripada sebuah keluarga India Muslim yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Islam Singapura seperti membina Masjid Angullia dan Angullia Park. Dengan wang ini, jawatankuasa masjid berjaya mengumpul $2.1 juta. Sebuah masjid didirikan di tapak tanah surau dan dinamakan Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau bagi memperingati jasa beliau.

Pada Januari 2011, masjid ini telah dinaik taraf oleh Majlis Ugama Islam Singapura di bawah program Mosque Upgrading Programme (Program Naik Taraf Masjid) Fasa 1. Kerja ubah elok siap pada Oktober 2011.

Program[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mengadakan kuliah dan juga kelas mengaji Al-Quran setiap malam. Bagi memenuhi keperluan masyarakat India Muslim di kawasan itu, kelas-kelas agama dalam bahasa Tamil juga dijalankan setiap hari Sabtu. Kuliah hadis dalam bahasa Inggeris dan Melayu juga dijalankan setiap minggu.

Untuk membantu para belia daripada keluarga berpendapatan rendah di kawasan itu, masjid telah bekerjasama dengan Balai Rakyat Whampoa untuk mengadakan program tuisyen yang dipanggil PELITA. Selain itu, masjid juga memberikan bantuan kewangan kepada keluarga-keluarga ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

(Inggeris) [1] Project Balestier - for one and all
(Inggeris) [2][pautan mati kekal] Progress of Mosque Upgrading Programme - MUIS