Masjid Ismaili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Ismaili Bandar Tumpat
Maklumat pentadbiran
Imam2017 (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-TPT-00005
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiMasjid Ismaili Bandar Tumpat, Masjid Ismaili Bandar Tumpat
Koordinat6°11′50″N 102°10′19″E / 6.197224°N 102.172015°E / 6.197224; 102.172015Koordinat: 6°11′50″N 102°10′19″E / 6.197224°N 102.172015°E / 6.197224; 102.172015
Maklumat pembinaan
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Ismaili Bandar Tumpat

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Bandar Tumpat atau dikenali juga Masjid Ismaili terletak di tengah pekan Tumpat. Masjid ini yang berdepan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dan berhampiran dengan Pasar Besar Tumpat. Di kiri masjid pula terletaknya stesyen bas dan teksi merupakan pusat transportasi penduduk.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid yang dibina seawal tahun 1900 masehi masih megah berdiri setelah mengalami beberapa kali perubahan. Masjid yang dibina atas niat yang suci dan ikhlas oleh penduduk setempat tetap bersemarak walau pun lebih seabad usianya. Masjid yang dibina bagi memudahkan orang Islam menjalani segala aktiviti mereka, kerana sewaktu itu belum lagi wujud dewan orang ramai atau kemudahan-kemudahan lain. Pelbagai cerita tentang sejarah penubuhannya. Namun rata-rata tidak dapat memberi satu tarikh yang tepat bilakah masjid ini dibina. Walau bagaimana pun dari beberapa sumber yang boleh dipercayai keesahannya masjid ini dibina lebih awal dari Masjid Kampung Laut.

Nama asal masjid ini ialah Masjid Tumpat. Setelah beberapa dekad pembinaannya ia mengalami beberapa perubahan. Perubahan-perubahan yang berlaku dengan mengambil kira struktur, pembesaran tapak, dan paling utama adalah untuk menampung populasi penduduk. Masjid ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan dan diberi nama sempena nama baginda Sultan Ismail. Tapak asal yang berpaya dan mengalami pasang surut air laut mempengaruhi asas binaannya. Bentuk asal bertiang tinggi, mempunyai 5 anak tangga. Tangga asal di sebelah hulu dan hilir masjid selain di belakang. Bangunan masjid ini dapat memuatkan 100 orang jemaah. Peluasan tapak dan ruang ibadat telah melalui beberapa peringkat. Perubahan pertama pada tahun 1923, merangkumi merendahkan tiangnya dan bilang anak tangga daripada 5 kepada 3 bilah anak tangga. Kemajuan ini dibuat setelah tapaknya ditimbus dengan menggunakan sampah dan pasir bagi menutupi paya dan alur sungai yang merentangi dari Kampung Tanjung Che Mas ke Padang Keretapi Tumpat. Kesan peninggalan ini masih dapat dilihat berhampiran rumah tangki keretapi Tumpat. Kemudian dalam sekitar tahun 1968. Perubahan daripada kayu kepada bangunan batu. Bahan binaan asal (kayu)s elain digunakan sebagai bahan sokong pembinaan, ia digunakan juga bagi mendirikan sebuah tadika dalam kawasan masjid. Seawal tahun 1970 masjid baru dapat diguna sepenuhnya.

Perubahan terakhir masjid ini ialah dalam tahun 1980 an seolah-olah mencantumkan dua buah masjid seperti yang ada sekarang. Masjid Ismaili Bandar Tumpat setelah melalui beberapa renuvasi dapat menampung 1500 jemaah. Kampung-kampung yang berada di bawah Permukiman Masjid Isamili adalah; Bandar Tumpat, Tanjung Kuala, Kampung Kelong, Kampung Besut, Kampung Pak Jah, Kampung Kepala Batas, dan Kampung Dalam Rhu. Tanah Perkuburan ialah Kubur Dato' Dalam Rhu.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang bertiang yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat berjemaah. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar. Di dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran. Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini menggunakan simen secara keseluruhannya. Cermin atas masjid ini juga diperbuat daripada kaca yang membolehkan cahaya masuk ke dalam ruang solat masjid ini.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang. Tandas, tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini. Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta. Selain itu, terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa. Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu, terdapat bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan untuk sebagai tempat penginapan imam dan bilal

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Keistimewaan masjid ini ialah masjid ini menyediakan alat penapis air pada 30 batang paip di masjid ini yang telah menelan belanja sebanyak RM7000. Selain itu, masjid ini juga menyediakan kerusi urut elektrik yang berada di dalam ruang ruang solat utama dan semua ini untuk kemudahan para jemaah.

Maklumat Lanjut[sunting | sunting sumber]

No Daftar: MY-03-TPT-00005
Nama Masjid: MASJID ISMAILI BANDAR TUMPAT
Alamat: MASJID ISMAILI BANDAR TUMPAT

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Ismaili Bandar Tumpat memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-TPT-00005.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]