Masjid Kowloon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Masjid dan Pusat Islam Kowloon
九龍清真寺暨伊斯蘭中心
Kowloon Masjid and Islamic Centre from East 2.jpg
Bangunan Masjid Kowloon
Info asas
Lokasi105 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
AgamaSunni
PerbandaranKowloon
NegaraRepublik Rakyat China
Laman webkowloonmosque.com
Penerangan seni bina
ArkitekI. M. Kadri
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaIslam
Disiapkan pada1896 (bangunan asal)
11 Mei 1984 (bangunan kini)[1]
Kos pembinaanHK$25 juta
Spesifikasi
Kapasiti3,500 orang
Bil. kubah1
Tinggi kubah (luaran)9 meter
Lebar kubah (luaran)5 meter
Bil. menara masjid4
Tinggi menara masjid11 meter

Masjid dan Pusat Islam Kowloon atau Masjid Kowloon ialah salah sebuah masjid utama di Hong Kong. Setakat ini, masjid ini ialah masjid terbesar di Hong Kong dengan jumlah muatan jemaah sebanyak kira-kira 3,500 orang.

Masjid ini lazimnya digunakan oleh golongan Muslim dari Asia Selatan dan Indonesia. Kebanyakan daripada mereka menetap di Tsim Sha Tsui yang merupakan petempatan golongan minoriti. Oleh itu, masjid ini menjadi pusat budaya penting dalam kalangan Muslim bukan Cina di Hong Kong.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan asal Masjid Kowloon dibina pada 1896 oleh pihak Rejimen Hong Kong di tapak yang kini didirikan balai polis Tsim Sha Tsui. Masjid ini pada asalnya didirikan kepada pihak Muslim India dalam tentera British yang tiba sejak 1892.[3] Golongan tersebut ditempatkan di berek Whitfield yang kini menjadi Taman Kowloon.

Pada lewat 1970-an, kerja-kerja bawah tanah bagi tujuan pembinaan laluan kereta api MTR menyebabkan bangunan itu mempunyai masalah struktur yang kritikal. Melalui pampasan oleh pihak MTR serta pengumpulan derma oleh masyarakat Islam tempatan, sebuah masjid baharu dibina dan dibuka pada 11 Mei 1984 di tapak kini untuk menggantikan masjid lama.

Pada 20 Oktober 2019, dalam peristiwa tunjuk perasaan Hong Kong 2019, masjid tersebut disembur oleh pihak polis dengan suatu pewarna biru sebanyak dua kali.[4][5] Peristiwa ini menyebabkan lebih daripada 10 orang tercedera dan dibawa ke hospital.[6] Pihak polis berkata kepada pihak masjid bahawa semburan itu adalah tidak sengaja.[7] Insiden ini menimbulkan tentangan yang meluas daripada pelbagai pihak seperti persatuan hak asasi manusia,[8] dengan seorang Muslim berkata bahawa insiden tersebut ialah sebuah penghinaan terhadap Islam.[9]

Struktur bangunan[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini direka oleh arkitek, I.M. Kadri. Bangunan ini memiliki empat buah menara masjid berketinggian 11 meter. Bangunan ini memiliki tiga ruang solat dan sebuah dewan komuniti, serta sebuah perpustakaan dan klinik perubatan. Ruang solat utama terletak di tingkat pertama masjid dan boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang jemaah, manakala tingkat atas pula memiliki ruang solat bagi wanita.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini berkedudukan berdekatan pintu A1 di stesen Tsim Sha Tsui yang berhubung dengan stesen East Tsim Sha Tsui melalui jalan bawah tanah. Sebuah perhentian bas juga dibina berdekatan masjid, dengan bas-bas bergerak di kawasan Kowloon, Wilayah Baru dan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Masjid Kowloon
Cina Tradisional: 九龍清真寺暨伊斯蘭中心
Cina Ringkas: 九龙清真寺暨伊斯兰中心

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Islam and China's Hong Kong: Ethnic Identity, Muslim Networks and the New Silk Road
  2. ^ Wai-yip, Ho. "Contested Mosques in Hong Kong" (PDF). Universiti Leiden (dalam bahasa Inggeris). ISIM Newsletter. Dicapai pada 23 November 2019.
  3. ^ "KOWLOON MASJID" (dalam bahasa Inggeris). www.islamictrusthk.org. Dicapai pada 8 November 2015.
  4. ^ Mahtani, Shibani. "Police blast mosque with water cannon as hundreds of thousands protest in Hong Kong". Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-21.
  5. ^ "港警兩度向清真寺發射藍色水炮 印度協會前主席中椒 民陣強烈譴責 警方稱誤中". hk.news.yahoo.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2019-10-21.
  6. ^ "【10.20 九龍】警彌敦道狂射水炮驅散 清真寺被直射大閘染藍 少數族裔受傷". 立場新聞 Stand News (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2019-10-20.
  7. ^ "警帶水桶抵清真寺會面 清潔欄杆 5分鐘後「快閃」 全程避答記者提問 | 立場報道 | 立場新聞". 立場新聞 Stand News (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2019-10-21.
  8. ^ "《香港人反抗》不被分化!民陣譴責港警攻擊清真寺 市民自發清潔 - 國際 - 自由時報電子報". 自由電子報 (dalam bahasa Cina). 2019-10-20. Dicapai pada 2019-10-21.
  9. ^ "港警水泡車轟清真寺 印度商會領袖斥無王法". www.ntdtv.com. Dicapai pada 2019-10-21.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]