Masjid Negeri, Negeri Sembilan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Negeri, Negeri Sembilan merupakan masjid negeri yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan. Ia telah dibina pada tahun 1966 di atas tapak yang telah dikurniakan oleh kerajaan negeri. Memandangkan Negeri Sembilan pada masa itu belum mempunyai masjid negeri, maka kerajaan Negeri Sembilan di bawah pempinan YAB Tan Sri Dr. Mohd Said bin Muhammad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu telah bersetuju supaya Masjid Negeri dibina di kawasan seluas lebih kurang 2 hektar bagi menggantikan Masjid Jamek Bandar Seremban yang tidak dapat menampung para jemaah yang semakin bertambah.

Ia telah dirasmikan oleh Paduka Seri Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pada hari Jumaat, 24 November 1967.

Binaan[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk Masjid Negeri yang dibina pada tahun 1967 ini begitu simbolik. Sembilan tiang, sembilan ruang dan sembilan anjung tambahan yang dibina menggambarkan struktur politik negeri di mana Negeri Sembilan yang satu ketika mempunyai 9 daerah pentadbiran. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Seremban di pusat bandar. Bekas Bangunan Seketariat Negeri berbentuk zaman kolonial juga terletak berhampiran. Masjid ini turut berhampiran dengan pusat pentadbiran kerajaan negeri iaitu Wisma Negeri, Wisma Persekutuan, Dewan Undangan Negeri serta Istana Hinggap.

Rekabentuk masjid ini sangat unik dan menarik dimana ia merupakan senibina moden bercampur elemen tradisional iaitu senibina Minangkabau. Masjid ini mempunyai 3 aras. Aras pertama terletaknya bilik air, bilik wuduk, bilik kuliah, Perpustakaan Islam dan juga Pejabat Pentadbiran Masjid. Aras kedua terletaknya dewan solat utama dan juga ruang solat sisi. Di ruang solat sisi, pengunjung boleh melihat keindahan Taman Tasik Seremban yang terletak bersebelahan masjid. Aras ketiga adalah ruang solat tambahan yang terletak di setiap diameter dewan solat utama serta ruang legar di setiap sisi. Selain itu, sebuah menara terletak bersebelahan masjid.

9 tiang masjid merupakan tarikan utama senibina masjid ini dari luar. Ia juga kelihatan cukup menarik pada waktu malam apabila setiap tiang ini dipancarkan lampu. Dinding dewan solat utama dipadankan dengan kaca dan kayu dan dewan solat utama ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]