Masjid Sultan Ahmad Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3.8080° N 103.3278° E

Masjid Sultan Ahmad Shah
Pahang state mosque.jpg
Masjid Sultan Ahmad Shah
Maklumat am
Dibuka pada 1993
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan ± 2 tahun
Maklumat geografi
Lokasi

Kuantan, Pahang,

Malaysia Malaysia
Maklumat pembinaan
Bil. kubah 5
Bil. menara 4
Kapasiti jemaah 10,000
Kontraktor Pasdec Holdings Bhd.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Sultan Ahmad Shah merupakan sebuah masjid yang terbesar di negeri Pahang dan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 10,000 orang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri. Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal. Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Negeri Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Seni Reka Bentuk[sunting | sunting sumber]

Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Tambahan pula adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut bercampur dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.

Pembinaannya ialah hasil idea Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pembinaan masjid ini berdasarkan reka bentuk seni bina zaman Uthmaniah, tetapi menggunakan bahan dan teknologi moden. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

Reka Bentuk Dalaman dan Hiasan Masjid[sunting | sunting sumber]

Hiasan dalaman dan luaran masjid ini berdasarkan corak geometri. Jalinan-jalinan geometri telah digarap dengan begitu teliti hingga menjadikan ia sebuah masjid yang indah dan menarik. Cahaya biru dan putih daripada marmar yang bercorak, memberikan sinar yang mampu menggamit siapa sahaja agar berkunjung lagi ke masjid ini. Sinar biru dan kuning pada cermin kaca yang dipilih untuk tetingkap menambahkan lagi keindahannya. Asma’ al-Husna berbentuk khat memenuhi dinding masjid dan ayat-ayat al-Quran menjadi sebahagian hiasan dalam bangunan ini

Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Tambahan pula adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut bercampur dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Masalah[sunting | sunting sumber]

Selepas pembinaannya siap, masjid ini berhadapan beberapa masalah termasuk kebocoran bumbung tetapi dapat diatasi segera.